Jumaat, 3 Januari 2025

NIKMAT MENJEMPUT MATI



7 termasuk empat yang maut dipercayai ambil pil ecstacy – Polis

KUALA LUMPUR – Hasil siasatan polis mendapati ketujuh-tujuh individu termasuk empat yang meninggal dunia selepas menghadiri Pinkfish Countdown 2024 di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu dipercayai telah mengamil pil jenis ecstacy.

Ketua Polis Selangor,  Hussein Omar Khan berkata, pihak polis masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan perkara ini termasuk punca kematian.

Menurutnya, sehingga kini, polis telah menerima enam laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur.

“Kedua-dua hospital ini telah menerima tujuh orang pesakit yang menunjukkan simptom yang sama.

“Ketujuh-tujuh individu ini tidak hadir bersama-sama ke konsert tersebut, sebaliknya dating secara berasingan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing.

“Empat dari mereka telah meninggal dunua, dua masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan seorang lagi telah dicaj dari hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hussein menambah, polis telah membuka empat kertas siasatan mati mengejut lanjutan kematian ini untuk mengenal pasti sebarang unsur jenayah atau keracunan.

Sehingga kini enam percakapan saksi telah dirakam dan beberapa lagi akan dipanggil termasuk penganjur konsert dan rakan-rakan mangsa.

Hussein meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklimat berkaitan kejadian ini menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau balai-balai polis berhampiran.

Sebelum ini,  media melaporkan, polis sedang menyiasat kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway.

Hussein dilaporkan berkata, pihaknya menerima empat laporan polis daripada PPUM berkaitan kematian dua lelaki dan dua wanita.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas semua individu berkenaan tidak menemui sebarang kecederaan luaran. – 

NIKMAT PALING

NIKMAT 

IALAH NIKMAT 

MENJEMPUT MATI

AMIN

NIKMAT PALING

PALAT IALAH

NIKMAT  JEMPUT

HOSPITAL

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: