Ahad, 1 Februari 2026

BUKAN ANJING LIAR - ANJING TAK BERTUAN


Anjing liar mati dipercayai terkena letupan, warga emas ditahan

BATU GAJAH – Seorang lelaki warga emas ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kematian seekor anjing liar yang disyaki terkena letupan di Pusing dekat sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohamad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang lelaki berusia 39 tahun berhubung kejadian itu pada jam 9.30 pagi semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian itu dipercayai berlaku pada 28 Januari lalu sekitar jam 7.30 malam apabila penduduk mendengar bunyi letupan yang kuat dan mendapati seekor anjing liar telah mati terbaring di atas jalan raya dalam keadaan mulut berlumuran darah di berhampiran sebuah restoran di Pusing,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, susulan maklumat yang diterima, polis telah menahan seorang lelaki berusia 64 tahun di sebuah kedai di Pusing disyaki suspek kes tersebut.

“Permohonan reman akan dibuat pada hari ini bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan,” ujarnya. 

BANGGA DENGAN

NEGARA INI

ADA UNDANG2

JAGA HAIWAN

AMIN

INI ANJING

TAK BERTUAN

JANGN DI GANASI

AMIN

JIKA DIBERI

MAKAN  YANG 

LIAR AKAN 

JADI JINAK

KHALAS

Tiada ulasan: