ISRAEL DAH
JADI GAZA
AMIN
IRON DOME
GAGAL MELESET
KAH KAH KAH
DIMONA WILAYAH
KILANG NUKLEAR
ISRAEL
BERJAYA DITEMBUSI
AMIN
Lebih 100 cedera di selatan Israel akibat serangan peluru berpandu Iran
ARAD: Serangan peluru berpandu Iran ke atas dua bandar di selatan Israel mencederakan lebih 100 orang pada Sabtu, menurut petugas perubatan, selepas sistem pertahanan udara Israel gagal memintas peluru berkenaan.
Dua serangan langsung itu merobek bahagian hadapan bangunan kediaman dan menghasilkan kawah besar di tanah.
Pasukan penyelamat memaklumkan 75 orang cedera di bandar Arad, dengan 10 daripadanya parah, beberapa jam selepas 33 lagi cedera di bandar berhampiran, Dimona.
Televisyen kerajaan Iran menyatakan serangan peluru berpandu ke atas Dimona, yang menempatkan kemudahan nuklear, adalah sebagai 'tindak balas' terhadap serangan terdahulu ke atas tapak nuklearnya di Natanz.
Rakaman AFP dari Arad menunjukkan petugas penyelamat menyelongkar runtuhan bagi mencari mangsa cedera di sebuah bangunan yang musnah akibat pengeboman.
Jentera bomba dengan lampu berkelip berada di lokasi bersama puluhan anggota perkhidmatan kecemasan.
Pihak bomba memaklumkan bahawa di kedua-dua Dimona dan Arad, peluru pemintas dilancarkan namun gagal mencapai sasaran, menyebabkan dua serangan langsung oleh peluru berpandu balistik dengan hulu ledak seberat ratusan kilogram.
Tentera Israel berkata pihaknya akan menyiasat kejadian itu.
"Sistem pertahanan udara beroperasi tetapi gagal memintas peluru berpandu, kami akan menyiasat kes ini dan mengambil pengajaran daripadanya," kata jurucakap tentera, Brigedier Jeneral Effie Defrin menerusi platform X.
Perkhidmatan bomba tempatan memaklumkan berlaku 'kerosakan meluas' di Arad, dengan tiga bangunan terjejas dan kebakaran tercetus di salah sebuah daripadanya.
Pasukan penyelamat Magen David Adom berkata mereka telah membawa 75 mangsa cedera ke hospital dari Arad.
"Daripada jumlah itu, 10 pesakit dalam keadaan parah, 13 dalam keadaan sederhana dan 48 mengalami kecederaan ringan," menurut kenyataan pasukan kecemasan itu.
Petugas perubatan, Riyad Abu Ajaj, menggambarkan 'kemusnahan meluas' di lokasi serangan dalam satu kenyataan.
"Terdapat banyak kekecohan di tempat kejadian," katanya.
Operasi menyelamat itu berlaku tidak lama selepas serangan serupa di Dimona, kira-kira 25 kilometer ke barat daya.
Rakaman AFPTV di lokasi menunjukkan kawah besar terhasil di tanah berhampiran timbunan runtuhan dan logam berpintal.
Tingkap bangunan di sekeliling turut pecah dan berlaku kerosakan teruk pada bahagian hadapan ketika petugas kecemasan memeriksa kawasan itu.
Petugas perubatan berkata mereka merawat 33 mangsa cedera di bandar berkenaan, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang mengalami kecederaan serpihan peluru, dalam keadaan parah tetapi sedar.
Dimona menempatkan kemudahan yang dipercayai memiliki satu-satunya arsenal nuklear di Asia Barat, walaupun Israel tidak pernah mengakui memiliki senjata nuklear.
Israel mengekalkan dasar berkecuali mengenai program nuklearnya, dan loji berkenaan secara rasmi memberi tumpuan kepada penyelidikan.
Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu secara berterusan setiap hari ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel yang bermula pada 28 Februari.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar untuk terus melancarkan serangan ke atas Iran dan sekutunya selepas apa yang disifatkannya sebagai 'malam yang amat sukar'. - AFP

1 ulasan:
kalau nuklear tu meletup, brickfields pun akan hancur sama. kah kah kah!
Catat Ulasan