KIAT DAN DUNIA
SEDANG DALAM
HURU HARA
AMIN
IRAN DAH JELAS
BERI AMARAN
AMIN
IRAN TAK AKAN
UNDUR KALAH
AMIN
JIKA AMERIKA
SERANG
PERANG DUNIA KE3
MELEDAK
KHALAS
AS berdepan 2 pilihan, ruang buat keputusan semakin sempit - Iran
TEHRAN: Pengawal Revolusi Iran menekankan, semalam, Amerika Syarikat (AS) kini berdepan dua pilihan sama ada melancarkan operasi ketenteraan yang disifatkan sebagai 'mustahil' atau mencapai perjanjian dengan Tehran.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Presiden AS, Donald Trump, memperlekehkan cadangan perjanjian damai terbaru oleh Iran.
Rundingan antara kedua-dua negara itu terus menemui jalan buntu sejak gencatan senjata berkuat kuasa 8 April lalu, dengan hanya satu pusingan rundingan damai secara langsung diadakan, setakat ini.
Kementerian Luar Iran berkata, Tehran telah mengemukakan pelan 14 perkara yang memfokus kepada matlamat menamatkan perang, dan Washington sudah memberi maklum balas melalui mesej kepada Pakistan sebagai pihak perantara
AS iring kapal asing berkecuali keluar Selat Hormuz mulai Isnin - Trump
AS umum operasi iring kapal lalui Selat Hormuz: Iran beri amaran tegas
Konflik Asia Barat: ASEAN, Jepun, China, Korea Selatan kongsi kebimbangan bekalan minyak mentah terjejas
SAMARKAND: Pemimpin kewangan ASEAN serta Jepun, China dan Korea Selatan semalam berkongsi kebimbangan berhubung bekalan minyak mentah yang terjejas susulan konflik Asia Barat, sekali gus bersetuju untuk terus bersatu menangani cabaran bersama, lapor Agensi Berita Kyodo.
"Peningkatan konflik di Asia Barat telah meningkatkan risiko aspek negatif terhadap prospek serantau dengan ketara," menurut menteri kewangan serta gabenor bank pusat dalam satu kenyataan diterima pakai pada perbincangan mereka di luar Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Asia (ADB) di Samarkand, Uzbekistan.
Menurut kenyataan itu lagi, wakil negara-negara ASEAN+3 menyatakan mereka 'tetap prihatin terhadap risiko yang berpunca daripada turun naik berlebihan serta pergerakan tidak teratur dalam pasaran kewangan', dan 'bersedia untuk bertindak balas' selaras dengan keadaan domestik.
Pertemuan empat hari ADB bermula semalam, berlangsung ketika banyak negara Asia yang sangat bergantung pada import minyak dari Asia Barat, berdepan penutupan Selat Hormuz oleh Iran susulan serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel.
Menteri Kewangan Jepun, Satsuki Katayama yang mempengerusikan mesyuarat bersama Timbalan Gabenor Bank of Japan (BOJ), Ryozo Himino, serta wakil dari Filipina, berkata negara-negara terbabit bersetuju mengenai keperluan kerjasama serantau dan berikrar untuk saling membantu dalam mempelbagaikan rantaian bekalan.
Pada pertengahan April lalu, Jepun menjanjikan pakej kewangan AS$10 bilion untuk negara Asia lain yang bertujuan menambah baik rantaian bekalan tenaga.
Inisiatif itu tertumpu pada pemberian pinjaman untuk membantu negara mendapatkan minyak mentah dan produk petroleum.
Kenyataan bersama itu juga menekankan 'kepentingan menegakkan multilateralisme', serta mengesahkan 'sokongan untuk sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan, tiada diskriminasi, bebas, adil, terbuka, inklusif, saksama dan telus.'
China yang memilih untuk tidak menghantar pegawai peringkat menteri ke persidangan itu, telah meningkatkan import minyak mentahnya dari Russia, Indonesia dan Brazil, sambil mengehadkan eksport.
Menurut pengkritik, pembelian minyak secara besar-besaran dan kawalan eksport bagi kuasa ekonomi itu boleh memberikan kesan kepada bekalan global.
Dokumen itu menyatakan ketua kewangan 'bersedia' untuk bertindak balas terhadap pergerakan pertukaran asing yang tidak menentu, selepas pihak berkuasa Jepun, menurut sumber kerajaan, campur tangan dalam pasaran mata wang pada Khamis lalu berikutan kejatuhan pesat yen ke julat 160 atas berbanding dolar AS.
Katayama dan pegawai tertinggi mata wang negara itu, Atsushi Mimura, meningkatkan amaran lisan mengenai kemungkinan campur tangan apabila yen melemah berbanding dolar, yang menarik pembelian sebagai mata wang yang lebih selamat ketika krisis.
Yen turut lemah disebabkan keputusan BOJ pada mesyuarat akhir April lalu untuk membiarkan kadar dasarnya tidak berubah kerana ia menilai kesan krisis Asia Barat.
Dalam kenyataan bersama itu, peserta memberi amaran bahawa jika konflik Asia Barat berpanjangan, 'kejutan boleh menjadi lebih luas dan lebih berterusan', melangkaui pasaran tenaga kepada input industri, logistik, harga makanan serta pelancongan.
Menjelang mesyuarat tahunan itu, ADB menyemak semula unjuran pertumbuhannya untuk membangunkan Asia dan Pasifik kepada 4.7 peratus tahun ini dan 4.8 peratus pada 2027 kerana pasaran tenaga dijangka kekal terganggu akibat konflik di Asia Barat.
Pemberi pinjaman yang berpangkalan di Manila itu juga menaikkan unjuran inflasinya kepada 5.2 peratus pada 2026 dan 4.1 peratus pada tahun berikutnya, daripada unjuran 10 April lalu masing-masing pada 3.6 peratus dan 3.4 peratus.
Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN+3 bermula pada 1999 susulan krisis kewangan 1997 yang menimbulkan keperluan untuk jaringan keselamatan kewangan. Gabenor bank pusat menyertai rangka kerja itu sejak 2012.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan