KERAJAAN TITAH
SEDANG GADUH
AMIN
UMNO TIBAI PKR
UMNO TIBAI DAP
KAH KAH KAH
MAKIN RETAK
TUNGGU
MASA NAK
TERBARAI
KHALAS
MB UMNO lebih baik
daripada MB PH - Puad Zakarshi
RAMAI pencacai politik masih lagi terperangkap dengan persepsi lapuk kononnya tindakan 14 ADUN BN di Negeri Sembilan sebagai tebuk atap. Rafizi pun sama 2X5 juga.
Sedangkan isu sebenar ialah mereka hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan. Dia tidak ada keupayaan menyelesaikan krisis perlembagaan dan adat negeri. Politik jadi kucar kacir.
Sebab itu 14 ADUN termasuk Tok Mat kekal tarik sokongan walaupun setuju menyokong kerajaan Madani Negeri Sembilan. Itu bukti mereka bukan mahu tebuk atap. Itu bukan tarik hand brake. Mereka tidak kisah siapa jadi MB asalkan bukan Aminuddin (ABA). Sebab itu BN tidak berunding dengan PN untuk tebuk atap.
Krisis adat ini adalah sama dengan krisis adat pada tahun 2016. Cuma dulu melibatkan Undang Luak Johol. Sekarang Undang Luak Sg Ujung. Tetapi Tok Mat berjaya selesaikan isu tahun 2016 dengan berhimah.
Bermakna MB UMNO lebih kompeten daripada MB PH. Sebab itu isu banjir dan babi tidak selesai di Selangor sehingga Sultan Selangor murka. Di Johor, Pahang, Perak dan Melaka keadaan lebih tenteram dan aman. Sebab negeri itu dipimpin oleh UMNO. — BebasNews

Tiada ulasan:
Catat Ulasan