Isnin, 4 Mei 2026

KENAPA SYARIKAT GISB DI BUNUH MATI ?

 

WOIT

JANGAN CAKAP

DULAK DALIK

AMIN

DULU WUJUD

 SYARIKAT MELAYU

GLOBAL GISB

TARAF DUNIA

AMIN

KENAPA TANGKAP

PENGARAH & CEO

RAMAI  1 TAHUN

MASUK SOSMA

AMIN

SEBAB APA

MUSNAHKAN 

SYARIKAT MELAYU

ISLAM GISB

YANG  BERJAYA ?

AMIN

GISB TAK MINTA

DANA BUMIPUTERA

 AMIN

APAKAH GISB

DI MUSNAHKAN

 ATAS PERMINTAAN

CUKONG HARBI?

JENG JENG JENG

KHALAS

67 peratus syarikat bukan Islam kuasai pasaran produk halal negara


KUALA LUMPUR: Dianggarkan 67 peratus pengeluar ramuan produk halal negara adalah syarikat bukan Islam, kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Susulan perkembangan itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Halal Negara menyarankan syarikat Bumiputera dan Islam negara ini untuk keluar dari kepompong kebiasaan, dengan menjalinkan kerjasama dengan syarikat berkenaan.

Dengan mengetepikan perbezaan, beliau berkata tidak salah sekiranya syarikat Bumiputera dan Islam belajar daripada syarikat bukan Islam, bagi membantu meningkatkan lagi prestasi perniagaan mereka, sekali gus membantu mengukuhkan lagi pasaran eksport negara.

"Apabila kita mengadakan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) dan forum pengeluar bahan ramuan produk halal, 67 peratus pengeluar ramuan halal adalah rakan-rakan kita (dalam kalangan) bukan Islam.

ADVERTISEMENT
Cars stock video 1 5Feb25Cars stock video 1 5Feb25

"Untuk itu, mari kita gembleng tenaga untuk belajar bekerjasama dengan untuk kita jadikan mereka rakan kongsi bagi pengeluaran produk halal daripada bahan yang dikeluarkan oleh mereka.

"Ia demi kepentingan pasaran eksport, demi kepentingan produk dari Malaysia. Bukan berada dalam kepompong kecil, tetapi kita rakyat Malaysia perlu ketepikan perbezaan agama dalam kalangan kita untuk bersama dengan mereka memasarkan serta mengeluarkan produk halal dengan kerjasama semua pihak.

"Kita tidak mahu ini Islam, ini bukan Islam. Kita negara masyarakat majmuk. Walaupun pelbagai agama, mereka juga mahu mengejar keuntungan, kita juga mahu mengejar keuntungan.

"Tidak salah kalau mereka jalin kerjasama dengan mereka," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Ekosistem Halal Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) har ini.

Dalam majlis sama, berlangsung Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MARA dan Maybank Islamic Berhad bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan kapasiti usahawan, pembangunan Industri halal, akses pembiayaan dan penebusan pasaran.

Selain itu, Surat Niat (LOI) turut diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memperkasa latihan, pensijilan dan pembangunan kompetensi halal dalam kalangan usaha serta institusi latihan MARA.

Sementara itu, Ahmad Zahid memaklumkan produk halal negara terus mendapat tempat di pasaran dunia selepas rangkaian pasar raya global, Lulu Hypermarket menyatakan komitmen untuk membeli dan memasarkan produk halal usahawan MARA, bernilai AS$100 juta (RM395 juta) ke pasaran antarabangsa mulai 1 Julai.

Beliau berkata komitmen itu dinyatakan sendiri oleh pemilik merangkap pengerusi rangkaian pasar raya itu, Sheikh Yusuf Ali, dalam satu pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan pengurusan tertinggi MARA untuk segera menyelaras produk-produk usahawan bimbingannya bagi memenuhi permintaan pasaran dunia, khususnya di Asia Barat menerusi rangkaian pasar raya berkenaan.

"Beliau telah menyatakan komitmen kepada Perdana Menteri dan saya bahawa beliau telah merancang untuk membeli produk produk halal bernilai AS$100 juta daripada kita.

"Saya menyatakan sendiri kepada beliau di depan Perdana Menteri, kita mesti bekerjasama dengan MARA untuk memberi produk halal ini untuk pasaran dunia.

"Saya akan meminta Pengerusi MARA dan Ketua Pengarah MARA untuk koordinasi produk-produk halal yang akan dipasarkan oleh Lulu Hypermarket di seluruh dunia, terutama di Asia Barat," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata susulan peluang pasaran yang luas itu, beliau meletakkan sasaran lebih tinggi nilai potensi jualan halal antarabangsa MARA mampu melepasi angka RM1 bilion menjelang tahun hadapan, berbanding RM819 juta sebelum ini




Tiada ulasan: