INI KES
DUIT MASUK
DAN ADA KUASA
AMIN
CAMPUR KES
DENDAM POLITIK
KAH KAH KAH
KHALAS
Hakim sakit, keputusan rayuan akhir pendakwaan kes Syed Saddiq ditunda 13 Julai ini
PUTRAJAYA: Dalam situasi yang tidak dijangka, keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sepatutnya diputuskan hari ini, ditangguhkan pada 13 Julai ini.
Ia berikutan seorang daripada hakim dalam panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Che Mohd Ruzima Ghazali, bercuti sakit selama dua hari.
Perkara itu diumumkan Presiden Mahkamah Rayuan, Abu Bakar Jais di awal prosiding pada jam 9.30 pagi tadi, iaitu satu-satunya hakim yang menghadiri prosiding ini.
Abu Bakar berkata, beliau dan Collin Lawrence Sequerah ada di mahkamah, tetapi Che Mohd Ruzima tidak hadir kerana mereka diberitahu beliau tidak sihat dan bercuti sakit selama dua hari bermula hari ini.
"Kami sebenarnya sudah bersedia dengan keputusan, tetapi malangnya perkara yang tidak diduga ini berlaku hari ini, bagaimanapun kami bersedia untuk menyampaikan keputusan pada 13 Julai ini," katanya.
Sebelum ini, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon keputusan Mahkamah Tinggi dikembalikan, yang sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta terhadap bekas menteri itu.
Keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023 mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, salah guna harta secara tidak jujur dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ARMADA.
Terdahulu, Syed Saddiq tiba ke mahkamah pada jam 8.50 pagi, diiringi ibunya, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan