APAKAH KES
DITANGGUH
KERANA PRN?
AMIN
JIKA SAYED SADIQ
MASUK PENJARA
AKAN PENGARUH
PENGUNDI TOLAK
ANWAR BIN
IBRAHIM
AMIN
JIKA SADIQ BEBAS
TANDA PENGUNDI
SOKONG MUDA
MAZLEE KALAH
TAK JADI MB
KHALAS
Tangguh keputusan rayuan akhir: Ini sesuatu yang tak pernah berlaku - Hisyam Teh
PUTRAJAYA: "Ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku (unprecedented). Kali pertama dalam amalan (guaman) saya dan pertama kali dalam pengalaman saya."
Demikian kata peguam, Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan Mahkamah Persekutuan, hari ini, menangguhkan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan anak guamnya kepada 13 Julai depan.
Ia membabitkan empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) yang dihadapi Syed Saddiq.
Penghakiman sudah siap tapi tak dapat dibacakan
Hisyam berkata, keputusan itu dimaklumkan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Abu Bakar Jais yang memberitahu penghakiman sudah siap, namun tidak dapat dibacakan hari ini kerana seorang daripada panel hakim tidak sihat.
"Kami baru sahaja dimaklumkan oleh Yang Arif Presiden Mahkamah Rayuan bahawa keputusan sudah sedia, namun tidak dapat disampaikan pagi ini memandangkan salah seorang ahli korum tidak sihat.
"Oleh itu, kes ini ditangguhkan ke tarikh 13 Julai depan," katanya ditemui di lobi Istana Kehakiman, di sini, hari ini.
Terdahulu, Abu Bakar dilaporkan berkata, prosiding pada hari ini tidak dapat diteruskan selepas salah seorang anggota panel iaitu Che Mohd Ruzima Ghazali, tidak dapat menghadiri prosiding kerana sedang menjalani cuti sakit selama dua hari, iaitu hari ini dan esok.
Peguam yakin keputusan memihak Syed Saddiq
Kelmarin ketika dihubungi BH, Hisyam Teh berkata pihaknya yakin keputusan rayuan akhir pendakwaan akan memihak kepada Syed Saddiq.
Peguam senior itu ketika dihubungi BH, berkata beliau menzahirkan keyakinan itu kerana pendirian pihaknya selaku responden adalah berasaskan fakta dan undang-undang.
"Rayuan pihak pendakwaan sepatutnya ditolak. Tambahan pula, Mahkamah Rayuan sudah memberikan penghakiman yang sangat kukuh," katanya.
Pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jun tahun lalu, melepas dan membebaskan Syed Saddiq, 33, selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.
Sabitan dan hukuman berkenaan adalah berhubung pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan