Isnin, 20 Julai 2026

ISRAHELL PUNCA PERANG


SELAGI ZIONIS

ISRAHELL WUJUD

TIMUR TENGAH

DAN DUNIA TIDAK

AKAN AMAN

KHALAS



Ribuan rakyat Israel berarak tuntut wilayah Gaza

GAZA: Ribuan rakyat Israel termasuk penduduk penempatan haram dan aktivis berhaluan kanan, berarak menuju ke sempadan Gaza, pada Ahad bagi mendesak kerajaan memberikan penempatan di wilayah Palestin yang musnah akibat peperangan, menurut wartawan AFP.

Mereka berhimpun berhampiran sempadan sebelum berarak beramai-ramai menuju pagar yang menghadap utara Gaza, namun pasukan keselamatan Israel dikerahkan menghalang mereka pergi lebih jauh.

Rakaman AFP menunjukkan peserta perarakan mengibarkan bendera Israel sewaktu anggota tentera dan polis menyekat laluan mereka ke kawasan larangan.

"Kami berarak hari ini untuk memberitahu kerajaan Israel dan menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa tanah ini milik kami dan Gaza sememangnya milik kami serta kami mahu kembali ke sana.


Israel laung amaran serangan 'kekuatan penuh' jika Iran menyerang

BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, pada Ahad mengeluarkan amaran akan bertindak balas dengan 'kekuatan penuh' terhadap sebarang serangan Iran, selepas tentera zionis dan Jordan memintas satu peluru berpandu Iran yang dilancarkan ke arah bandar Aqaba di Jordan.

"Jika Iran melancarkan peluru berpandu ke Israel, kami akan menyerang mereka dengan kekuatan penuh.

"Jika Amerika Syarikat (AS) mengubah dasarnya, yang juga boleh berlaku, kami bersedia untuk mengambil tindakan sama ada secara defensif mahupun ofensif terhadap Tehran," kata Israel Katz, sewaktu melawat sebuah kemudahan perkhidmatan menyelamat.

Bandar Aqaba terletak berhampiran sempadan dengan bandar Eilat di Israel.



Tiada ulasan: