Isnin, 20 Julai 2026

MATI PERANG ATAU MATI KATAK ?


MATI PERANG

ATAU

MATI KATAK?

AMIN

DAH HAMPIR

SATU TAHUN

BARU NAK SIASAT

AMIN

BERAT AMAT

BERAT

KHALAS


Jabatan Peguam Negara arah inkues kes tembakan tiga individu di Durian Tunggal


KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan prosiding inkues dilakukan bagi menyiasat kes kematian tiga individu dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November tahun lalu.

AGC dalam satu kenyataan berkata, inkues diadakan mengikut Seksyen 339(1) Kanun Acara Jenayah selepas mempertimbangkan keseluruhan keterangan dan dapatan siasatan polis.

Katanya, prosiding inkues itu bertujuan menentukan punca dan sebab kematian serta meneliti fakta dan keadaan yang membawa kepada kematian berkenaan.

"Ini termasuk mengenal pasti sama ada wujud atau tidak sebarang unsur jenayah berhubung kematian tiga individu akibat insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November 2025," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu juga menegaskan, AGC memandang serius setiap insiden membabitkan kehilangan nyawa dan keputusan untuk mengadakan inkues ini mencerminkan komitmen jabatan itu bagi memastikan segala fakta dan keadaan diperiksa secara menyeluruh, telus dan bebas.

"Jabatan ini kekal komited untuk memastikan setiap tindakan dan proses perundangan dilaksanakan dengan adil, profesional serta berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang," katanya.

Pada 26 Mei lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata, polis sudah menyerahkan semula kertas siasatan insiden tembakan maut itu kepada AGC selepas melengkapkan beberapa arahan tambahan.

Media sebelum ini melaporkan, tiga lelaki berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.

Akibat serangan pada November 2025, sekitar jam 4.30 pagi itu, anggota polis berpangkat koperal berusia awal 30-an parah pada lengan kiri.

Tiada ulasan: