SAPA HILANG
ANAK?
AMIN
Budak lelaki ditemui di tepi Lebuhraya SILK
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan waris seorang kanak-kanak lelaki yang tidak boleh bercakap selepas ditemukan di tepi Lebuhraya SILK berhadapan AEON Cheras Selatan, Kajang, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata keadaan itu menyebabkan identiti dan kewarganegaraan kanak-kanak berkenaan belum dapat dipastikan.
"Kanak-kanak itu tidak boleh bercakap menyebabkan kita belum mengetahui sama ada dia warga asing atau tempatan.
"Bagaimanapun, dia berada dalam keadaan baik," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Naazron berkata, Polis Daerah Kajang menerima laporan mengenai penemuan kanak-kanak itu jam 4.30 petang semalam.
Menurutnya, kanak-kanak berkenaan dianggarkan berusia lapan tahun, namun nama, tarikh lahir dan keturunannya belum dikenal pasti.
"Kanak-kanak itu dianggarkan setinggi 120 sentimeter dengan berat lebih kurang 30 kilogram.
"Ketika ditemukan, dia memakai baju kemeja-T berwarna hitam putih dan seluar kelabu," katanya.
Naazron meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai identiti atau waris kanak-kanak itu diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222 atau pegawai penyiasat, Sarjan Karunagaran Balan di talian 012-244 9414.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan