TANGKAP
MANA YANG
LEMAH
KAH KAH KAH
KEPALA BIARKAN
SELAMAT
KHALAS
Siasatan khas RCI Tabung Haji: SPRM tahan pengarah syarikat, bekas pengurus ladang
KUALA LUMPUR: Dua individu pertama membabitkan pengarah syarikat dan bekas pengurus ladang ditahan susulan siasatan khas ditubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyemak serta meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
Pengarah syarikat reka bentuk berusia lingkungan 50-an ditahan jam 7.30 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
BH difahamkan, dia ditahan kerana disyaki merasuah RM300,000 kepada seorang bekas ketua pegawai operasi (COO) sebuah badan berkanun sebagai balasan untuk mendapatkan projek bernilai keseluruhan kira-kira RM8 juta.
Kesalahan itu disyaki dilakukan antara 2014 hingga 2018, dengan suspek dipercayai memberi rasuah dalam bentuk pengubahsuaian empat unit rumah milik bekas COO berkenaan yang jumlah keseluruhannya bernilai kira-kira RM300,000.

1 ulasan:
alah...macam lah orang bodoh buta kayu tak boleh faham cara kerajaan tangani isu.
sengaja cari kambing hitam scape goat seekor dua untuk dimuat dalam berita utama konon kerajaan serius bertindak.
yang beberapa ekor malaon vip di atas tu takda sapa berani usik. nama pun takkan keluar di mana2 laporan. senyap gitu aje.
nak tunjuk yang diaorang buat kerja. nak tutup mulut orang yang mula curiga kerajaan yang takda tatakelola urus duit pencarum.
mesti curiga. duit tabung yang ada hubungan langsung dengan islam lagi boleh disonglap. ini kan pula tabung yang takda bunyi islam.
duit punya hal. songlap dulu bab halal haram fikir kemudian.
Catat Ulasan