BUKAN SEMUA
KAPIR INI
KAPIR HARBI
KAH KAH KAH
BAGAIMANA DENGAN
KAPIR YANG NAK
UBAH TANAH MELAYU
JADI
MALYSIAN MALYSIA?
AMIN
BAGAIMANA DENGAN
KAPIR YANG
UBAH NAMA
KG. KERINCHI
JADI
BANGSAR SOUTH
AMIN
INI SAH PERANGI
KAPIR HARBI
KHALAS
Label kafir harbi tak sesuai untuk warganegara Malaysia
Istilah kafir harbi tidak sesuai digunakan dalam konteks Malaysia kerana seluruh warganegara tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan serta berkongsi tanggungjawab sebagai rakyat dan warga setanah air, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
Beliau berkata perkara itu adalah antara rumusan yang dicapai dalam Sidang Meja Bulat Kafir Harbi di Malaysia: Satu Perbincangan, yang membincangkan isu kafir harbi di Malaysia secara khusus hari ini.
“Setelah perbincangan, pembentangan dan juga pertukaran pandangan, kita secara umumnya merumuskan istilah kafir harbi di Malaysia tidak sesuai kerana warganegara Malaysia seluruhnya termaktub di bawah Perlembagaan (Persekutuan) dan kita semua adalah masyarakat dan warga Malaysia sewarganegara, setanah air.
“Saya rasa istilah yang digunakan dalam konteks kafir harbi itu tidak sesuai lagi berada di negara kita kerana semuanya sudah pun bersama-sama dan mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan dan membangunkan negara ini,” katanya kepada pemberita selepas sidang meja bulat itu di Putrajaya.
Sehubungan dengan itu, Zulkifli berkata Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) akan bekerjasama dengan agensi dan kementerian lain, untuk mempergiat usaha penerangan dan pencerdasan masyarakat mengenai isu tersebut.
Beliau berkata pendekatan secara bersama itu penting bagi memastikan usaha memperkukuh integrasi nasional dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak terhad kepada sektor agama semata-mata.
“Kita ingin memberikan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memperkukuh perpaduan, merapatkan ukhuwah dan menghormati antara satu sama lain di samping memahami budaya, agama supaya kita dapat benar-benar memperkukuh perpaduan untuk negara kita Malaysia," katanya. Bernama

2 ulasan:
Sejak 1957 sehingga 2026 engkau dan geng engkau pentadbir pengusaha pelancongan negaraku, yang masih ketinggalan engkau juga, orang pendatang haram pun sudah maju rumah bertingkat kerana berusaha berpeluh bersaing manakala engkau asyik tunggu peluang percuma kah kah kah kah
Ayat-ayat sesuai akan dipilih, diselami ayat-ayat suci, rakyat akan faham, semua ayat disusun mengikut selera masyarakat masing-masing, yang penting untuk berkuasa, bagaimana cara nak berkuasa? Apa diperlukan untuk mencapai matlamat? Siapa akan berjaya? Demokrasi pengundi perlu yakin perlu percaya kepada setiap ungkapan ayat keluar dari mulut calon, tujuan pilihanraya pun nak berkuasa, ini asas tetapi percayalah semua gimik politik ini cuma untuk berkuasa,kalau orang-orang biasa masih percaya kepada kata-kata manis daripada orang politik kita masih dayus bodoh dan kebodohan berulangkali kah kah kah kah, orang-orang yang sudah ada rekod jenayah, bukan rekod tohmahan fitnah aniaya tidak tetapi sudah masuk mahkamah, sudah dibuktikan perlu dibuang, perlu dicantas perlu dipencen kah kah kah kalau tidak sejarah akan berulang, kuasa payung sampai selipar akan tetap sama, sekali-sekala membuat kenyataan dayus adalah norma kehidupan kayangan, mereka hidup percuma tidak menyumbang apa-apa kemudian mahu percuma diteruskan sembah cium tangan diteruskan kah kah kah kah
Catat Ulasan