MENCARI MAYAT
YANG HANYUT
AMIN
Pasukan SMART ke Nepal Sabtu ini bantu SAR banjir dahsyat
KUALA LUMPUR: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dijangka berlepas ke Nepal, Sabtu ini bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam banjir dahsyat di negara itu.
Difahamkan, kerajaan Nepal membenarkan kemasukan pasukan SMART untuk menyertai operasi berkenaan selepas beberapa sesi perbincangan diadakan bersama Kementerian Luar (Wisma Putra).
Dalam satu jemputan media, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan pasukan dari Malaysia dijangka berlepas melalui Pangkalan Udara (PU) Subang pada pagi 5 September.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan