Khamis, 3 September 2026

ZAHID AKAN MASUK JALA ?


JIKA LAMBAT

AKAN MASUK 

JALA MAT BURUT

KHALAS




PRU16: Lebih Awal Lebih Baik, UMNO-BN Sedia Hadapi Bila-Bila Masa, Kata Zahid


KUALA LUMPUR | 3 Sep 26 – UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpandangan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) wajar diadakan lebih awal sebelum menghampiri penghujung penggal Parlimen ke-15, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO itu berkata pilihan raya lebih awal akan membolehkan kerajaan mendapatkan semula mandat daripada rakyat.

“Pada hemat saya, kalau pilihan raya umum diadakan lebih awal, itu lebih baik. Jadi, mandat rakyat dapat kita peroleh,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama wartawan Media Prima Berhad (MPB), seperti dipetik Berita Harian.

Bagaimanapun, Zahid berkata UMNO dan BN tetap bersedia menghadapi PRU16 sekiranya kerajaan memilih untuk menghabiskan tempoh penggal semasa.

“Tetapi andainya jika penggal ini sehingga penghujung tempoh atau jeda waktunya, maka kita juga bersedia menghadapinya,” katanya.

Penggal Parlimen ke-15 dijadual berakhir sekitar Disember 2027, manakala pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

Zahid berkata tempoh yang masih berbaki perlu dimanfaatkan UMNO dan BN untuk terus menyantuni permasalahan rakyat serta memastikan parti kekal relevan dengan perkembangan geopolitik semasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahid turut memberi gambaran bahawa UMNO-BN belum menutup ruang kerjasama dengan mana-mana gabungan politik, termasuk Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, prinsip yang menjadi pertimbangan ialah manfaat dan mudarat sesuatu kerjasama, termasuk berdasarkan landskap politik di sesebuah negeri.

Beliau berkata UMNO-BN sanggup bertanding secara solo di Johor kerana melihatnya sebagai pilihan yang sesuai dengan landskap politik negeri itu, manakala pendekatan berbeza boleh dipertimbangkan di Negeri Sembilan sekiranya kerjasama memberikan manfaat lebih besar.

Zahid turut mengakui akar umbi UMNO ketika ini mahu usaha perpaduan dalam kalangan orang Melayu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, katanya, tuntutan itu perlu diseimbangkan dengan hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Kenyataan Zahid itu memberi isyarat bahawa UMNO-BN kini bersedia menghadapi dua kemungkinan menjelang PRU16 — pilihan raya diadakan lebih awal, atau penggal Parlimen diteruskan sehingga penghujung tempoh — selain terus menilai bentuk kerjasama politik berdasarkan kepentingan dan landskap semasa. @sumber

Tiada ulasan: