Ahad, 7 Julai 2019

TER HOT TER KINI TERNOWW









TER HOTT

TER KINI

TER NOWW

SAPA TERKANTOI

Dr Mahathir pelawa semua sertai BERSATU

JOHOR BAHRU: Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menguatkan kuasa politik kaum majoriti itu.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU berkata, penyatuan itu penting kerana Melayu kini sudah terbahagi dan berpecah kepada enam parti.

“Dahulu hanya ada satu parti Melayu iaitu UMNO, tapi kerana tamakkan kedudukan, hari ini orang Melayu berpecah enam.

“Bukan lagi majoriti 60 peratus, tetapi setiap parti hanya 10 peratus. Saya harap orang Melayu yang masih dalam UMNO kena ingat, kita perlu bersatu untuk berjuang apa pun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU negeri di Dewan Serbaguna Johor Jaya di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden BERSATU,  Mukhriz Mahathir dan Pengerusi BERSATU Johor, Mazlan Bujang.

Dr Mahathir turut mengingatkan ahli BERSATU supaya menjadikan kejatuhan UMNO di Johor sebagai pengajaran buat parti itu.

“Ini (kejatuhan UMNO) patut jadi pengajaran kepada kita, walau kita mengetuai parti yang kuat tetapi kalau kita menyeleweng, tidak berpegang kepada dasar perjuangan parti, lambat laun (rakyat) akan tolak kita.

“Ini yang berlaku sedangkan Johor dahulu kubu bagi UMNO, tetapi saya nampak sekarang ia sudah jadi kubu BERSATU,” katanya.

Dr Mahathir turut mengingatkan supaya jangan ada pihak menyekat sesiapa yang mahu menyertai BERSATU.

Katanya, isu bantahan dalam parti komponen lain Pakatan Harapan (PH) adalah berbeza.

“Kita tiada kaitan dengan parti lain dan dalam (komponen) Pakatan Harapan, mereka pun mendapat ahli baharu,” katanya.


APA MAKNA

BERITA INI

JENG JENG JENG

KAH KAH KAH
--------------

Tiada ulasan: