Jumaat, 27 Disember 2019

HARI HARI AKHIR SAEKOR GEROMBOLAN






INI PETANDA
AMAT JELAS

HARI HARI

AKHIR SAEKOR

GEROMBOLAN


Hishammuddin pengkhianat yang tidak boleh dibiarkan – Lokman

KUALA LUMPUR – Sebarang langkah untuk menyapu kes  Tuuan Haji Hishammuddin Hussein di bawah karpet atas alasan mahu memastikan ahli-ahli Parlimen UMNO kekal bersama dan untuk membuat keputusan secara en-block jelas membuktikan ada perundingan sedang berlaku untuk membentuk kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Lantaran itu, kata Tuan Haji Lokman Noor Adam, mempersoalkan apa sudah jadi dengan janji tidak mahu mewujudkan kerajaan pintu belakang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, tindakan menghentikan prosiding terhadap Hishammuddin yang telah melanggar beberapa peraturan parti termasuk menghasut Kepimpinan UMNO Sabah untuk meninggalkan UMNO dan menyertai PPBM secara beramai-ramai bukan berlaku sekali, tetapi tiga kali termasuk prosiding yang sepatutnya berlangsung 2 petang tadi  adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.

Dengan nada kecewa, Lokman mendakwa Hishammuddin adalah seorang pengkhianat parti yang tidak boleh dibiarkan dan sesiapa pun tidak boleh melindunginya.

“Saya dimaklumkan perbicaraan hari ini telah dibatalkan. Ini bukan kali pertama arahan dari Presiden atau Setiausaha Agung untuk membatalkan siasatan ini.

“Saya sangat kecewa kerana bagi saya Hishammuddin adalah pengkhianat parti yang tidak boleh kita biarkan dan tidak boleh sesiapa pun yang sepatutnya melindungi Hishammuddin,” katanya Lokman.

Lokman turut mendedahkan daripada maklumat yang diterima daripada akar umbi parti dan individu yang menjadi saksi termasuk dari Arab Saudi, Hishammuddin turut menjadi orang tengah membantu untuk memperbaiki hubungan  Dr Mahathir Mohamad dengan negara tersebut.

“Orang ini menjadi alat kepada musuh UMNO dan saya tidak faham kenapa kali pertama Lembaga Disiplin arahkan siasatan dihentikan, kali kedua apabila mereka menyiasat selepas saya membuat laporan kepada jawatankuasa Lembaga Disiplin, sekali lagi mereka mengarahkan hentikan siasatan.

“Presiden parti mengatakan kepada Ketua-Ketua Bahagian bahawa beliau mendapat kebenaran daripada para perwakilan. Ini tidak benar sama sekali. Presiden membuat keputusan dia sendiri, mengatakan kepada para perwakilan kes Hishammuddin ini ditutup. Ini bull shit, never happen.

“Apa yang dia cakap dalam sesi pergulunggan kes ini kita tutup kerana ianya khabar angin. Saya ingin beritahu usaha Hishammuddin dengan Azmin Ali untuk membentuk kerajaan bersama bukan khabar angin, ianya akan berlaku antara bulan satu dan bulan tiga tahun depan. Mark my word,” tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, tindakan Presiden UMNO ini jelas bercanggah dengan Perlembagaan parti dan menghina kedudukan Pengerusi dan Lembaga Disiplin UMNO.

Lokman mempertahankan bahawa tiada siapa sepatutnya lebih tinggi kedudukannya daripada Jawatankuasa Lembaga Disiplin dan lembaga itu perlu bebas.

Presiden atau Setiausaha Agung tidak boleh mengarahkan siasatan ini dihentikan kecuali ahli-ahli parti,” ujar beliau lagi sambil menyatakan Presiden UMNO tidak pernah bertanya kepada para perwakilan parti siapa bersetuju untuk melenyapkan kes ini.

Beliau sekali lagi menegaskan keputusan Presiden UMNO untuk menghentikan prosiding pada hari ini adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima walau apa pun alasan yang diberikan.

Katanya, UMNO memerlukan Presiden yang bersedia untuk menentang musuh UMNO termasuk Dr Mahathir dan  Anwar Ibrahim.

“Kita tidak perlu Presiden yang takut, Presiden yang melindungi juak-juak Dr Mahathir dalam parti,” katanya.

Lokman turut mencadangkan kepada Jawatankuasa Lembaga Disiplin yang merasakan tugas mereka telah dihalang oleh Presiden UMNO supaya meletakkan jawatan.

“Ini cara terhormat yang boleh mereka lakukan,” kata Lokman sambil memberitahu beliau tidak boleh berbuat apa-apa lagi dan tanggungjawabnya membuat laporan sudah selesai.

Secara terbuka, Lokman berkata, jika ada pemilihan parti nanti, beliau meminta individu-individu yang bersama-sama dengan Dr Mahathir.

Mengulas tindakan Tuan Haji  Apandi yang melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Lokman berkata, bekas Peguam Negara itu seorang yang berprinsip dan mementingkan maruah diri daripada jawatan dalam parti.

“Saya menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Tuan Haji Apandi yang telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO berkuatkuasa serta-merta sebaik sahaja Presiden UMNO mengarahkan agar prosiding tunjuk sebab Lembaga Disiplin UMNO ke atas Tuan Haji Hishammuddin dihentikan,” katanya.

Tambahnya lagi, jika UMNO serius ingin menggantikan kerajaan haprak Pakatan Harapan, UMNO perlu melahirkan lebih ramai pemimpin yang mempunyai sikap terpuji sebegini.


“Inilah masa yang paling sesuai untuk mengambil tindakan kepada mereka yang mahu mengkhianat perjuangan suci ini dan harapan rakyat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

AKAN BERAKHIR

PARTI BONEKA

TAJAAN BRITISH

KITA AKAN

MASUK KAN

KE DALAM

TONG SAMPAH

SEJARAH
-----------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya demi masa, aku berharap 2 ekor penyamun check-in sungai buluh dulu.
Selepas itu musibah untuk kemusnahan pun tiba. Every now and then ABU.
Aku akan merayakan dengan menghulur pisang kepada monyet2 di hutan. Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

demi masa sessungguhnya 2 penyamun besar akan hanyut ke sungai buluh.
beribu akan mati lemas.
Talkin buat ABU.