Jumaat, 27 Disember 2019

TANDA MAKIN JELAS




BERITA BAIK

TANDA JELAS

GEROMBOLAN

SEDANG 

BERGADUH

Akar umbi tegur Lokman burukkan Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tidak wajar membuat kenyataan terbuka memburuk-burukkan bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ini ditegaskan seorang pemimpin akar umbi, Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan Sungai Kandis, Mohd Azhar Othman yang menyifatkan tindakan itu sebagai menjejaskan nama baik parti.

Beliau berkata, tindakan yang dilakukan secara langsung menerusi klik video yang kemudian disebarkan di media sosial turut mengundang kemarahan ahli dan masyarakat khususnya.

“Apa yang saya nak cakap ini ialah suara saya sebagai ahli UMNO akar umbi. Saya nak tanya Lokman Adam, apakah tindakannya itu wajar dengan jawatan yang beliau pegang Ahli MT UMNO.

“Wajarkah Lokman Adam sebarkan semua kenyataan yang dibuat secara video langsung itu? Adakah patut dia buka semua cerita kepada media, bagi khalayak dengar mengenai kelemahan parti kita sendiri, wajarkah?

“Sedangkan dia mempunyai suara yang kuat, pengaruh yang kuat dalam parti, tetapi apabila bersuara dan bercerita kepada khalayak, maka ia akan jadi negatif kepada pandangan masyarakat sekarang,” katanya menerusi klik videonya hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, Lokman Adam dilaporkan berkata, sebarang langkah untuk menyapu kes Hishammuddin di bawah karpet atas alasan mahu memastikan Ahli Parlimen UMNO kekal bersama untuk membuat keputusan secara en-block jelas membuktikan ada perundingan sedang berlaku untuk membentuk kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Lantaran itu, beliau mempersoalkan apa sudah jadi dengan janji tidak mahu mewujudkan kerajaan pintu belakang.

Katanya, tindakan menghentikan prosiding terhadap Hishammuddin yang telah melanggar beberapa peraturan parti termasuk menghasut kepimpinan UMNO Sabah untuk meninggalkan UMNO dan menyertai PPBM secara  beramai-ramai bukan berlaku sekali, tetapi tiga kali termasuk prosiding yang sepatutnya berlangsung jam 2 petang semalam adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.

Dengan nada kecewa, Lokman mendakwa Hishammuddin adalah seorang pengkhianat parti yang tidak boleh dibiarkan dan sesiapa pun tidak boleh melindunginya.

Menurut Mohd Azhar, adalah lebih baik Lokman membangkitkan isu Akuan Sumpah (SD) Yusoff Rawther terhadap i Anwar Ibrahim dalam kes cubaan meliwat dan Syed Saddiq Syed Abdullah dengan kekalahan Sukan SEA.

Bahkan, katanya, banyak lagi isu rakyat boleh dibangkit dan diperjuangkan oleh Lokman selaku anggota MT UMNO, bukan mendedah atau memburukkan pemimpin sendiri.

Beliau turut mencabar Lokman mengemukakan bukti dan menampilkan saksi sekiranya benar dakwaan yang dilemparkan kepada Hishammuddin.

“Mengapa dia pilih isu Hishammuddin sebagai pengkhianat parti. Dia mendakwa ada sumber yang beritahu kononnya, akan ada kerajaan pakatan selepas ini bersama PPBM dan sejumlah Ahli Parlimen UMNO akan lompat parti.

“Saya nak tanya, dia orang ini (Ahli Parlimen) bukan lompat macam awak lompat dari PKR masuk UMNO. Tetapi, betulkah? Kalau betul, tunjukkan bukti… panggil semua orang itu keluar, baru kita orang percaya, tapi kalau cakap macam ini seperti anda ada agenda tersendiri,” katanya.

Mohd Azhar turut berkata, kekalahan Lokman bertanding sebagai calon BN pada PRK Sungai Kandis Ogos lalu bukan kerana kelemahan jentera, tetapi disebabkan kepribadiannya yang pengundi tolak.

Katanya, beliau tidak berniat untuk bercakap kurang ajar, tetapi apabila ada orang seperti Lokman yang membuatkan perkara yang boleh mengugat parti, dia ada hak untuk mempertahakan parti, Presiden, Timbalan, Naib, Setiausaha dan Ketua Pemuda.

“Maafkan saya Lokman Adam kalau cakap saya ini agak kurang ajar, tidak kena dengan gaya dan umur saya sendiri, tetapi inilah hakikat dan realitinya,” katanya. – MalaysiaGazette


HARI HARI AKHIR

SAEKOR

GEROMBOLAN

MAKIN HAMPIR

SEMUA DAH JADI

LOKMAN ADAM
KAH KAH KAH
----------

2 ulasan:

herman adnan berkata...

Suami kepada Isteri Rosmah telah di Lokman Adam kan oleh Lokman Adam. Kah Kah Kah

Tanpa Nama berkata...

Lokman Adam, Apandi sila ganti payung lain... Kamu berdua mmg berjaya jd sosok trojen horse... Payung lama dah berjaya dikerjakan... Mintak2 dia ganti payung warna hijau... lg bagus dia duduk dgn tt, biar lg tt bertambah jahanam...