Sabtu, 25 April 2020

AMAT JELAS GEROMBOLAN PECAH





KOMENTAR

MAKIN JELAS 
GEROMBOLAN
SUDAH PECAH 
SATU TIM ZAHID NAJIB
MEREKA TAK MAHU ASUK JIL
KEDUA TIM  TOK MAT
MAHU GEROMBOLAN BERSIH
KETIGA TIM YANG NAK KLIM
MEMIMPIN GEROMBOLAN
KEEMPAT TIM PRO BERSATU 


Umno tidak ada hubungan rasmi dengan Perikatan, kata Tok Mat


UMNO tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Bersatu yang membentuk Perikatan Nasional (N) dan tidak ragu-ragu untuk bertanding melawan parti serpihannya itu, kata Mohamad Hassan

Timbalan presiden Umno itu mengatakan bahawa Umno tidak pernah menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) kerana ia bukan entiti politik seperti Barisan Nasional.

Katanya, hubungannya dengan Bersatu hanya untuk menyelamatkan Malaysia dari pergolakan politik yang dicetuskan kumpulan tertentu dalam Pakatan Harapan (PH).

“Umno tidak akan menghadapi apa jua dilema tentang kedudukannya dalam Perikatan Nasional. Ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PN apatah lagi PPBM dan GPS. Ia hanya menyertai Kerajaan atas dasar mendukung Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana menteri untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia.

“Persefahaman ini berbeza dengan kerjasama politik Umno dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional. Kerjasama ini diurus secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional dan telah melalui pelbagai proses sumbangsaran, termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung sebelum Piagam tersebut dimeterai.” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook hari ini.

Respons Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan itu adalah bagi menjawab Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming yang mendakwa Umno tidak akan membiarkan Bersatu mengepalai kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan hanya akan bertahan dalam “gabungan tidak selesa” ini sehingga pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Bangi itu mengatakan bahawa segala bentuk kerjasama antara Bersatu dan Umno mempunyai kemungkinan akan dihentikan setelah Parlimen dibubarkan.

Dalam satu kenyataan, beliau mengatakan bahawa pemimpin dan ahli Umno tidak akan menerima perkongsian kuasa itu dalam jangka masa panjang

“Yang paling penting, dari segi strategi politik, pemimpin Umno perlu sedar bahawa matlamat utama Bersatu adalah untuk menggantikan Umno dalam arena politik sebagai parti Melayu paling dominan dalam kerajaan.

“Hanya dengan cara ini Bersatu dapat bertahan selepas PRU15, dan Umno menyedarinya.” Kata Kian Ming.

Sokongan Mohamad terhadap Perikatan selaras dengan pendirian Majlis Tertinggi Umno mengenai perkara itu yang terakhir mengulangi bahawa sokongan itu bersyarat dan tidak kekal.

MT Umno dalam mesyuarat pada 13 Mac menjelaskan parti itu menyokong kerajaan Muhyiddin selama mana aspirasi rakyat dipelihara dan memastikan kestabilan politik dan ekonomi dapat dijaga sehingga PRU15 akan datang.

Ia juga menegaskan akan komited memperkasakan Muafakat Nasional bersama PAS dan memperkukuhkan Barisan Nasional bersama rakan-rakan komponen MCA, MIC dan PBRS.

MT Umno juga menggariskan beberapa panduan untuk mengekalkan sokongan kepada Perikatan Nasional serta menuntut pentadbirannya melakukan beberapa perkara termasuk menyiasat kerajaan sebelum ini, yang pernah Muhyiddin sendiri anggotai. – 25 April, 2020.


APA AKAN

TERJADI ?

PENSEJAJARAN

BARU AKAN 

MUNCUL

WADAH BARU

AKAN LAHIR

BENTUKNYA?

KITA TUNGGU

DAN LIHAT

AMIN

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bentuk tak bentuk,sejajar atau sebaris,ikat pisang abam dulu di pokok nyior. Lepas tu baru kita bersejajaran baru. Selagi tak ikat selagi tu la mengaruk macam budak kecik mintak lempang.

Tanpa Nama berkata...

Ada lg satu tim lu tertinggal. Tim kelima tim tunggu dan lihat. Tim ni tak menonjol tp sentiasa bersedia. Hanya akan menampakan diri bila ada tim yg ketara menang barulah tim ni keluar mengistihar sokongan kpd tim menang. Ini tim hilton move bukan sheraton move. Kah kah kah

Mat Despatch berkata...

Tok mat dapat jawatan tak dalam kabinet muidin... Lau tak dapat memang patut la dia meroyan. Tapi dalam umno oram macam tok mat memang patut jadi ketua. Orang yang cool, bukan oportunis bukan keluarga asal kayangan pidato pun baguih dok ada

Tanpa Nama berkata...

Ada dia kroni saja tt,satu kroni A dua kroni B yang lain lain serpihan pijat kedarah orang, kah kah kah sekarang kroni A masuk projek,kroni B marah,dia tikam belakang,sikap Melayu Islang,suka tikam belakang, pasal apa ? Hasad Dengki khianat(HDK) , bila HDK melimpah limpah dalam diri, fitnah akan wujud, kominus Taliban Dan perkauman agama dipetik digoling dikisar untuk buat rencah politik,.kalau dulu panggil pecah perintah omputih,melayu biasa lah ikut saja asal masuk komisen 30 semua beres,bangla masuk, rohingya masuk,China masuk,.India masuk, nepala masuk,.aftika.masuka,.Russia masuk semua masuk biarkan,.lagi ramai masuk.lagi.cepat Kaya..
Kah kah kan.kenapa Polis yang suci murni tak mahu terima IPCMC ?? Kerana melayu jadi Polis atau Polis otu melayu? Mohon pencerahan...kalau hang berani.lah kah.kab kah