Selasa, 23 November 2021

BERITA BAIK

 




Veteran Umno Shahrir bidas Mas Ermieyati

PEMIMPIN Umno dan bekas menteri Shahrir Abdul Samad hari ini membidas calon ketua menteri Perikatan Nasional Mas Ermieyati Samsudin selepas beliau kalah dalam pilihan raya negeri Melaka.

“Dia tewas dengan perbezaan undi yang tidak melebihi 1,000 pun,” katanya menerusi posting di Facebook.

“Tapi pokoknya, BN menang semua DUN di kawasan Parlimennya sendiri.

“Rupanya, tak lah sehebat mana pun. Nasib baik, boleh terus di jawatan timbalan menteri,” katanya merujuk kepasa Mas Ermieyati yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau merujuk kepada kekalahan Mas Ermieyati di kerusi Tanjung Bidara semalam. Kerusi DUN itu terletak di bawah kawasan Parlimennya di Masjid Tanah.

Tambah Shahrir yang juga bekas ahli Parlimen Johor Bahru, Mas Ermieyati merupakan antara pemimpin Umno yang melompat keluar ke Bersatu selepas parti itu tewas pada pilihan raya umum lalu.

Pengerusi BN dan Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusof merangkul kerusi Tanjung Bidara dalam pertandingan tiga penjuru menentang Mas Ermieyati dan calon Pakatan Harapan Zainal Hassan. – 21 November, 2021.


INI BERITA BAIK

KAH KAH KAH

GEROMBOLAN &

X - GEROMBOLAN

GADUH LAGI

KAH KAH KAH

TIBAI JANGAN

TAK TIBAI

AMIN

TERUSKAN

RAKYAT SENAG

HATI

AMIN

Tiada ulasan: