Selasa, 23 November 2021

JENG JENG JENG

 





Rayuan kes 

penyelewengan

 RM42 juta Najib

 diputuskan 8 Disember

Mahkamah Rayuan di sini menetapkan 8 Disember ini untuk keputusan rayuan bekas perdana menteri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan keputusan itu akan disampaikan pada 9 pagi.

Rayuan kes itu yang didengar di hadapan panel tiga hakim diketuai Abdul Karim Abdul Jalil, bersama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera berlangsung selama 15 hari dan selesai pada 18 Mei lalu.

Najib, 68, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas, yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, melibatkan RM42 juta dana SRC International.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan CBT dan tiga kes pengubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Pekan itu hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas hakim itu memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Mahkamah membenarkan Najib untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta berserta dua penjamin.

Kes itu dikendalikan timbalan pendakwa Raya V. Sithambaram manakala peguam Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib.


JENG JENG JENG

APA AKAN JADI

AMIN

BEBAS ATAU

SALAH

JENG JENG JENG

KITA LIHAT DAN

TUNGGU

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Suda dapat tangguh lagi la sampai disemberrr. Takda bantahan pendakwaraya pun. Selepas balik dari enjoi singapore baru on balik.kahkahkah