Selasa, 23 November 2021

NIAT NAK MERDEKA AKAN SENTIASA WUJUD

 




Azis Jamman dipanggil beri keterangan berkait sentimen Sabah keluar Malaysia

POLIS telah memanggil Ahli Parlimen Sepanggar Mohd Aziz Jamman untuk memberi keterangan berhubung ucapan beliau di Dewan Rakyat awal bulan ini bahawa wujud gesaan lantang menuntut Sabah keluar dari Malaysia.

Azis pada sidang media di Parlimen hari ini berkata beliau disiasat atas kenyataannya semasa perbahasan Belanjawan 2022 pada 9 November lalu.

“Saya agak terkejut selepas dimaklumkan polis. Terutamanya sejak saya menyentuh keluhan rakyat Sabah berkenaan peruntukan yang diberi kepada Sabah.

“Tetapi saya tidak akan tarik balik kenyataan saya di Parlimen dan akan terus memperjuangkan apa sahaja perkara yang tidak adil kepada Sabah.

“Saya harap kerajaan akan beri penjelasan kerana ahli Parlimen lain pun suarakan isu yang sama,” kata bekas timbalan menteri dalam negeri itu.

Semasa perbahasan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat pada 9 November lalu, Azis memberi amaran ada gerakan yang semakin lantang menuntut Sabah keluar dari Malaysia kerana jumlah peruntukan yang tidak adil kepada negeri itu.

Sehari sebelum itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan (Keningau-Star) juga pernah berkata 60% rakyat Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia. – 23 November, 2021.

NIAT SABAH

NIAT SARAWAK

NAK MERDEKA

AKAN SENTIASA

WUJUD

AMIN

NIAT DAN CITA2

INI TAK DAPAT

DIPADAM

AMIN

INI HAK DAN

PERASAAN SESIAPA

SAJ YANG MERASA

DI TINDAS

AMIN

LAGI KUAT

 DITEKAN

LAGI BESAR

PERLAWANAN

KHALAS

Tiada ulasan: