Selasa, 23 November 2021

BUKAN SALAH ANWAR - TEPAT & BETUL

 



Pakatan kalah di Melaka bukan salah Anwar seorang, kata setiausaha politiknya

KEKALAHAN Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri Melaka tidak boleh disalahkan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim, kata setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Beliau membuat peringatan itu ketika ada suara dalam kalangan pemimpin dan penyokong PH yang mendesak Anwar berundur daripada menerajui PH dan digantikan pemimpin yang boleh memberi nafas baru.

“Pada hakikatnya kita mengakui bahawa Pakatan Harapan telah tewas dan mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan pasca PRN Melaka baru-baru ini, namun kegagalan tersebut tidak wajar ditanggung oleh seorang individu sahaja,” kata Farhash dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga pengerusi PKR Perak mengingatkan semua keputusan PH untuk menghadapi PRN Melaka dibuat secara bersama dan mengambil maklum pandangan pimpinan tertinggi parti.

PH menang hanya lima kerusi pada PRN Melaka hujung minggu lalu, dengan PKR yang bertanding paling banyak kerusi bagi gabungan itu kalah semua 11 kerusi.

Lima kerusi yang dimenangi oleh PH ialah empat melalui DAP dan satu daripada Amanah, yang dimenangi bekas ketua menteri dan pengerusi PH Melaka Adly Zahari.

BN menang besar 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka dan sekali lagi membentuk kerajaan di Melaka, selepas mengambil pentadbiran negeri daripada PH melalui percaturan politik Langkah Sheraton pada hujung Februari 2020.

Sejak keputusan PRN Melaka diumum Sabtu malam, suara desakan mahu Anwar bertanggungjawab atas prestasi buruk PH mula muncul di media sosial.

Awal hari ini, Adun Bilut Lee Chin Chen dari DAP menggesa Anwar letak jawatan ketua pembangkang.

Gesaannya disanggah naib ketua pemuda PKR S Thiban yang mencabar Lee menamakan pengganti Anwar. Beliau juga mencabar pemimpin kanan PH yang lain daripada DAP dan Amanah supaya turut sama berundur.

Farhash sementara itu menyifatkan kenyataan Adun Bilut tidak bermanfaat untuk PH.

“Saya menyeru supaya kepimpinan tertinggi DAP untuk mengambil maklum tentang dakwaan ADUN mereka yang dilihat cuba memecah-belahkan semangat perpaduan dan keharmonian koalisi Pakatan Harapan,” katanya. – 22 November, 2021.


KENYATAAN

SALVADOR  INI

TEPAT & BETUL

AMIN

BUKAN SALAH

ANWAR IBRAHIM

AMIN

SALAH KOBID

PENGUNDI TAKUT 

KELUAR

AMIN

SALAH  HUJAN

PENGUNDI 

TAK KELUAR

AMIN

SALAH SOP

TERLAU KETAT

AMIN

DI MELIMAU

ADA BERITA

HARIMAU LEPAS

INI MENAKUTKAN

PENGUNDI KELUAR

AMIN

DI  KELEBANG

ADA BERITA

BENGALI CARI

KEPALA BUDAK

 UNTUK 

BUAT JAMBATAN

EMAK BAPAK

TAK BERANI

TINGGALKAN RUMAH

AMIN

DI MACAP

TERSEBAR BERITA

HANTU KUMKUM

DATANG MERAYAU

BERITA INI

MENAKUTAKAN

IBU BAPA UNTUK

PERGI MENGUNDI

AMIN

 PALING AFDAL

SEMUA INI

PROJEK YAHUDI

TAK MAHU

MELIHAT

PEMIMPIN ISLAM

IMAM BESAR

BEJAYA DI MELAKA

KHALAS

Tiada ulasan: