Khamis, 12 Mei 2022

AL-FATIHAH

 



5 rentung: Polis tahan pemandu treler bawa muatan besi



Lima pelajar

 Universiti Sultan 

Azlan Shah 

rentung dalam

 kemalangan

KUALA KANGSAR – Lima mangsa yang rentung dalam kemalangan Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini tengah malam tadi merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi mengesahkan kesemua mangsa merupakan penuntut di universiti berkenaan. 

Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, yang merupakan pemandu kenderaan dan Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan.

Sementara Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.

Katanya, kesemua mangsa sudah pun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis.

“Kita juga telah maklumkan mengenai kejadian ini kepada waris untuk mereka hadir ke hospital bagi proses pengecaman.

“Kita akan cuba bantu apa yang diperlukan oleh waris, bagi memudahkan urusan, katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Dalam kejadian sekitar 12.52 malam itu, semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler.-

SOALAN

ORANG RAMAI

NAK TANYA

AMIN 

APAKAH PEMANDU

INI AKAN  LANGGAN 

PEGUAM MAHAL

SRI RAM

UNTUK BEBAS

DARI KES

PEMBUNUHAN 

SEPERTI KES 

 BASIKAL LAJAK 

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rugi kita kehilangan aset...