Khamis, 12 Mei 2022

SALEPAS BERHARI RAYA

 



Kes baharu Covid-19 meningkat kepada 3,321

JUMLAH harian kes Covid-19 di Malaysia sekali lagi merekodkan trend menaik apabila Kementerian Kesihatan melaporkan 3,321 jangkitan baharu semalam.

Ini merupakan hari kelima berturut-turut negara menyaksikan peningkatan kes harian, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sejak permulaan wabak itu kepada 4,467,061.

Lapan kes kematian dilaporkan semalam, yang mana tiga daripadanya diisytiharkan kematian luar hospital. 

Kes kematian terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan angka kematian kepada 35,598 yang mana 7,539 kes diisytiharkan sebagai kematian luar hospital.

Wilayah Lembah Klang merekodkan 1,975 kes yang terdiri daripada Selangor (1,220), Kuala Lumpur (573) dan Putrajaya (182).

Negeri dan wilayah lain yang turut merekodkan kematian baharu ialah Negeri Sembilan (288), Perak (221), Pulau Pinang (208), Melaka (140), Kedah (98), Johor (88), Pahang (73), Sarawak (71), Sabah (57), Terengganu (42), Kelantan (37), Labuan (14) dan Perlis (9).

Daripada lapan kes kematian itu, dua direkodkan masing-masing di Johor, Kedah dan Pahang, manakala Perak dan Negeri Sembilan masing-masing satu.

Perak, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing melaporkan satu kes kematian luar hospital.

Memandangkan jangkitan baharu melebihi 1,416 kes pulih, kes aktif meningkat kepada 24,850.

Daripada jumlah kes aktif, 23,385 atau 94.1% daripadanya menjalani kuarantin di rumah, 33 (0.1%) di pusat kuarantin berisiko rendah dan 1,373 (3.9%) di hospital.

Sementara itu 59 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, 34 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 12 Mei, 2022.


BERAYA SAKAN

MAT KOBID

MENYERANG

AMIN

SOALAN ??

APAKAH SEMUA

YANG KENA

SERANG BUAT

LAPORAN  ?

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ala...dia orang tengah main psiko...TT ambil pot pulak. Takut duduk rumah diam-diam.