Isnin, 9 Mei 2022

PEMIMPIN ISLAM DIZALIMI

 




Mahkamah Persekutuan dengar rayuan akhir Najib Ogos ini

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan Ogos ini untuk mendengar rayuan Najib Razak atas sabitan dan hukuman terkait 7 tuduhan jenayah melibatkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Rayuan akan didengar selama 10 hari antara 15 hingga 26 Ogos.

Ini adalah rayuan akhir selepas Mahkamah Rayuan pada Disember 2021 mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020.

Tarikh pendengaran Ogos ini dimaklumkan oleh Mahkamah Persekutuan kepada pihak pendakwaan dan peguam bela Najib, lapor media.

Mereka juga diminta mengemukakan hujahan bertulis sebelum 31 Julai.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Abdul Karim Abdul Jalil sebelum ini memutuskan kes terhadap bekas perdana menteri telah dibuktikan melampaui keraguan munasabah.

Mereka juga bersetuju dengan semua dapatan fakta dan undang-undang oleh hakim bicara Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mahkamah Rayuan bersetuju Najib mempunyai kepentingan peribadi semasa jemaah menteri yang diketuainya selaku perdana menteri meluluskan jaminan kerajaan untuk pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Abdul Karim juga berkata apa yang Najib lakukan berkait dengan pinjaman berkenaan “bukanlah untuk kepentingan negara tetapi memalukan negara.”

Mahkamah Rayuan juga bersetuju bahawa RM42 diseleweng keluar dari SRC International dan dipindahkan ke beberapa syarikat dengan tujuan mengelirukan pihak berkuasa.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan akhir Najib ke Mahkamah Persekutuan, dengan mengekalkan jaminan semasa perbicaraan iaitu RM2 juta dengan dua penjamin.

Pada 25 April, Najib melalui peguam belanya mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya bahawa Mahkamah Rayuan tersilap dari segi fakta dan undang-undang ketika menolak rayuannya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai 2020 memutuskan Najib bersalah atas semua tujuh tuduhan – tiga kes jenayah pecah amanah, tiga kes pengubahan wang haram, dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Beliau dihukum penjara 10 tahun bagi setiap satu pertuduhan jenayah pecah amanah dan 10 tahun juga bagi setiap satu kes pengubahan wang haram. Bagi pertuduhan salah guna kuasa, Najib dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Beliau juga berdepan hukuman penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda.

Semua hukuman penjara berjalan serentak.

Najib masih berdepan 35 pertuduhan lain melibatkan jenayah pecah amanah, pengubahan wang haram, dan salah guna kuasa yang sedang dibicarakan di mahkamah. – 9 Mei, 2022.

JELAS

NAJIB 

PEMIMPIN ISLAM 

YANG  WARAK

YANG JUJUR

YANG SUCI

YANG ALIM 

SEDANG DIZALIMI

AMIN

ADA KONSPIRASI

NAK JATUHKAN

NAJIB

AMIN

SEMUA BERASAKAN

FITNAH

AMIN

MUSTAHIL NAJIB

YANG PERNAH

BAGI SALAM PADA

KUBUR 

JUGA SEORANG

PENCURI

AMIN

NAJIB PERNAH

CIUM BATU ITAAM

AMIN

MALAH MENGIKUT

P.I BALA 

NAJIB PERNAH

CIUM LUBANG CIRIT ALTANTUYA

KAH KAH KAH

SEMUA FITNAH

SEMUA TOHMAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, cuba kira dari sekarang hingga 26 Ogos 2022 berapa hari lagi?tapi...adakah pada 26 Ogos keputusan penghakiman akan diumumkan atau pada tarikh lain,...
.aduuuuh lama lagi lah dia boleh ngentot sebelum kekal duduk diluar atau masuk kedalam...TT, kira jangan tak kira