Isnin, 9 Mei 2022

SOSOK JUJUR BERNAMA BEKKE

 



Bekas pengerusi syak Najib terlibat urus niaga gelap 1MDB, mahkamah diberitahu

BEKAS pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau berasa kurang senang selepas mengesyaki bekas perdana menteri Najib Razak terlibat dalam urus niaga gelap membabitkan dana syarikat pelaburan negara itu.

Bakke, 68 tahun, berkata beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena selepas mesejnya kepada Najib berhubung hal ehwal yang menyelubungi cadangan usaha sama (JV) antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd (PSI) tidak dijawab.

Bakke berkata adalah luar biasa bagi Najib untuk tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS)nya kerana bekas PM itu biasanya akan menghantar maklum balas.

Beliau berkata dalam SMS itu, beliau memberitahu Najib bahawa terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan oleh lembaga pengarah kepada pengurusan syarikat yang tidak dipatuhi.

“Saya menghantar SMS kepada (Datuk Seri) Najib mengenai hal ehwal dalam JV dan pengurusan 1MDB tidak melakukan seperti yang diberitahu,” kata Bakke ketika memberi keterangan.

“Beliau tidak menjawab dan tidak terlintas di fikiran saya untuk melaporkan perkara ini kepada mana-mana pihak berkuasa berhubung salah laku kewangan pengurusan 1MDB kerana saya mengandaikan saya sudah berbuat demikian melalui SMS yang dihantar kepada (Datuk Seri) Najib.

“Saya berharap Datuk Seri Najib akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan 1MDB jika beliau mendapati sebarang salah laku di pihak mereka.

“Jadi apabila mesej saya tidak dijawab, saya merasakan beliau terlibat dan sesuatu berlaku tanpa pengetahuan saya,” katanya.

Najib sedang dibicarakan kerana rasuah berhubung penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Beliau menghadapi 25 pertuduhan - empat kerana salah guna kuasa dan 21 untuk pengubahan wang haram - bagi kesalahan yang didakwa dilakukan antara 2011 dan 2013.

Bakke, yang merupakan saksi ke-15 pihak pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah 1MBD kerana dakwaan perjanjian yang tidak jelas.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak memaklumkan secara peribadi kepada Najib mengenai hasratnya untuk meletak jawatan dan mengakui tindakannya itu sebagai tanda protes.

Membaca kenyataan saksinya semasa perbicaraan hari ini, Bakke berkata beliau meletak jawatan atas kehendaknya sendiri.

“Perletakan jawatan saya pada 19 Oktober 2009, adalah disebabkan pengurusan 1MDB enggan mengikut arahan lembaga pengarah,” kata Bakke.

“Saya meletak jawatan sebagai tanda protes dan saya tidak mahu terlibat dalam sebarang perbincangan dan keputusan berhubung 1MDB.”– 9 Mei, 2022.

BEKKE SALLEH

ADALAH CONTOH

SOSOK JUJUR

AMIN

BILA LIHAT ADA

TAK BETUL

TIMBULKAN

AMIN

BILA TIDAK DIBAIKI

BERI INGATAN

 BUKAN BODEK

AMIN

BILA SEMUA GAGAL

LETAK JAWATAN

AGAR TAK TERLIBAT

DALAM KES CURI

DAN MENIPU

AMIN

MASIH RAMAI

SOSOK JUJUR

DALAM MALAYSIA

AMIN

BEKKE  CALON

PERDANA MENTERI

KHALAS

Tiada ulasan: