Isnin, 9 Mei 2022

SOSOK WAJIB DICONTOHI

 


Ong Kian Ming umum tidak tanding PRU15

AHLI Parlimen Bangi Ong Kian Ming mengumumkan mahu berehat sementara daripada politik dan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ong, 46, bagaimanapun berkata beliau bukan bersara daripada politik tetapi menilai semula peranannya selepas dua penggal jadi wakil rakyat.

“Saya belum bersara daripada politik, sebaliknya hanya berehat untuk sementara waktu.

“Saya bersedia untuk berkhidmat kepada parti dan negara pada masa hadapan jika khidmat saya diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ong, bekas pensyarah yang terjun ke dunia politik, bertanding pertama kali dan menang PRU13 di Parlimen Serdang.

Lima tahun kemudian, beliau menang kerusi Parlimen Bangi yang diwujudkan susulan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Kerusi itu merupakan kawasan Parlimen yang mempunyai paling banyak pengundi iaitu hampir 179,000 orang dan Ong menang besar dengan meraih 65% undi.

Selepas Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaan pada Mei 2018, Ong dilantik timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam Kabinet Dr Mahathir Mohamad.

Ong menafikan beliau mahu berehat kerana kalah pemilihan DAP sebaliknya kekalahan itu mengesahkan keputusannya.

“Ia bukanlah sebab utama untuk keputusan ini. Ketika saya mula-mula ditawarkan untuk menjadi calon bagi kerusi Serdang, persetujuan saya dengan isteri adalah saya berkhidmat dua penggal dan kemudian menilai semula keadaannya,” katanya.

Ong percaya beliau sudah memberikan yang terbaik untuk pengundi, parti dan negara.

“Kini tiba masanya untuk generasi muda dalam parti mengambil alih tampuk kepimpinan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ong berkata beliau akan menyokong calon yang akan dinamakan PH untuk bertanding di Bangi.

“Sementara itu, saya akan meneruskan tanggungjawab khidmat rakyat saya di Bangi dan dalam parti sehinggalah Parlimen dibubarkan,” katanya.

Mengenai perancangannya, Ong berkata beliau mahu memikirkan bagaimana pengalaman dan pengetahuan yang beliau kumpul sepanjang sembilan tahun lalu dapat digunakan sebaiknya, selain meluang masa bersenam dan membaca.

Beliau juga merakamkan terima kasih kepada pimpinan DAP dan semua pihak yang memberinya peluang dan sokongan selama beliau menjadi wakil rakyat. – 9 Mei, 2022.

SALUT

TABEK

AMIN

SOSOK INI

WAJIB DICONTOHI

AMIN

BUKAN GILA KUASA

SAMPAI GAYUT

MASIH NAK

BERTANDING  

KAH KAH KAH

MASIH PELOK

 KERUSI

KAH KAH KAH

BANYAK CARA

BOLEH BANTU

ORANG RAMAI

AMIN

NAK BANTU

ORANG RAMAI

TAK PERLU 

JADI YB

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tt hang kata kat sapa2 ka?
hang kalau nak kata sebut terus nama dia tak perlu berkias2 berlapik kata.
orang gila kuasa ni bukan faham bahasa kias2 nih. puak gila kuasa ni kena kata berdepan ja.

contoh ayat seperti: yb dan mp yang baik ialah yb dan mp yang dah mati. mereka sekeliannya yang merosakkan ekonomi menyusahkan rakyat terbanyak.