Ahad, 19 Jun 2022

BANJIR KEMARAU MAKIN KERAP



Beberapa kawasan di Ipoh dilanda banjir kilat

HUJAN lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Ipoh dilanda banjir kilat petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai banjir melanda di pusat beli-belah Aeon Kinta City, Canning Garden dan Taman Cempaka bermula pukul 4.08 petang tadi.

“Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh serta Simpang Pulai segera dikerahkan bagi kerja-kerja menyelamat dan memantau keselamatan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.

Beliau berkata hasil pemantauan mendapati terdapat kereta yang terperangkap di dalam kawasan banjir dan beberapa rumah dinaiki air namun paras air mulai surut pada kira-kira pukul 5 petang.

“Semua mangsa dalam keadaan selamat dan tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan setakat ini,” katanya. – Bernama, 18 Jun, 2022.     




 INI TANDA

INI BUKTI

MALAPETAKA

CUACA UDAH

SAMPAI

AMIN

BAJIR KEMARAU

MAKIN KERAP

AMIN

TEMPAT DAERAH

YG TAKDA SEJARAH

BANJIR AKAN

BANJIR

AMIN

BNJIR & KEMARAU

MAKIN KERAP

MAKIN KERAS

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Luncai berkata...

Buat je longkang besar sungai Perak. Habis cerita khalas.