Ahad, 19 Jun 2022

DOA JAMPI SERAPAH

 



Lapor jika ada perubatan Islam dalam talian menyeleweng, kata menteri

ORANG ramai diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa jika ada amalan perubatan Islam dalam talian yang salah dan menyeleweng di sisi agama.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata laporan itu perlu bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil jika amalan perubatan itu menyeleweng.

“Kita harap netizen kalau ada amalan perubatan yang melanggar akidah agama seperti soal jampi, jangan tunggu pejabat agama dan boleh laporkan kepada Jabatan Agama Islam negeri, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Kita tidak mahu perkara itu menular sehingga mendatangkan musibah,” katanya pada sidang media sempena Program Jualan Bergerak Bantu Rakyat Parlimen Bukit Gantang di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting, di Taiping, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mufti Pulau Pinang,  Wan Salim Wan Mohd Noor, semalam yang mencadangkan agar Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mengadakan satu mesyuarat bagi memperhalusi isu berhubung trend pengamal perubatan Islam secara dalam talian.

Sebelum ini Ketua Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan Darussyifa Malaysia, Abdul Rashid Mat Amin, berkata kemunculan individu yang mendakwa melakukan penipuan dengan mengenakan caj tinggi dan kesalahan moral seperti mencabul benar-benar mencalarkan imej perawatan Islam. – Bernama, 19 Jun, 2022.

DOA JAMPI

SERAPAH TAK

MASUK AKAL

AMIN

TAPI IANYA

MEMILIKI PERANAN

SAIKOLOJI

UNTUK MENGUBAT

 PESAKIT

AMIN

HANTU JIN 

POLONG KARUT

INI NAK MENAKUT

UNTUK JUAL UBAT

KAH KAH KAH

TAKUTKAN PESAKIT

DG HANTU & JIN

KEMUDIAN JUAL

TANGKAL

AMIN

KALAU JIN HANTU

ADA KENAPA

KITA TIDAK GUNA

SEBAGAI SENJATA

NEGARA LAWAN

AMERIKA 

AMIN 

KITA DIRIKAN SATU BATALION POLONG

 KAH KAH KAH

AMIN

PILIHARA POLONG

LEBIH MURAH DARI

BELI F16 ATAU M16

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana boleh amerika ada iron man kapten amerika... alien pun kalah... kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Era ni gwa cunfius antara sosok yg di panggil TaT dgn Bomoh ..dua-dua makhlok ni pandai magar rumah supaya tak di lolos antu dan ponchuri, dedua ni pandai nipu dgn air doa ontok pendinding, entot, dapat 13A+, nak ontong lumayang pong ado jampi nyo ..dedua ni lumayan makan duit atas angin ..dedua ni boley tangkap antu ..bomoh tempat gwa la ni dah di panggil Tuan Haji osTaT ..gwa boboto cunpius ..