Ahad, 19 Jun 2022

SPRM - KEMAPA SEKARANG?

 



Kenapa baru sekarang SPRM nak siasat penerima dana syarikat kes Zahid, soal Haniff

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah gagal menjalankan tugasnya untuk menyiasat semua yang didakwa menerima dana daripada syarikat disebutkan dalam perbicaraan rasuah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, kata peguam Haniff Khatri Abdulla.

Beliau mempersoalkan mengapa agensi anti rasuah itu hanya sekarang menyiasat saksi daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) semasa sesi memberi keterangan di mahkamah pada minggu lepas.

Disebabkan kegagalan ini, SPRM perlu menjalankan siasatan dalaman untuk mencari sebab mengapa siasatan penuh tidak dibuat sebelum ini, memandangkan mereka sudah mempunyai bukti kerana siasatan terhadap Zahid bermula pada 2018.

“Adakah SPRM akan menyiasat dirinya sendiri untuk mencari punca mengapa kandungan fail tidak disiasat untuk mencari kaitan dengan nama pemimpin politik lain yang menerima duit daripada UKSB?” kata Haniff di Facebooknya hari ini.

David Tan, bekas pengurus pentadbiran di UKSB, mendedahkan ketika perbicaraan kes Zahid yang beberapa nama tokoh berprofil tinggi tersenarai dalam fail yang merekodkan pihak yang menerima dana UKSB.

Syarikat itu memberi wang kepada Zahid, yang ketika itu menteri dalam negeri, apabila kerajaan melantiknya pada 2016 bagi menguruskan sistem visa pelawat asing, atau VLN, untuk warga China.

Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah bernilai S$13.56 juta (RM42 juta) daripada UKSB sebagai ganjaran untuk melanjutkan kontrak syarikat menguruskan VLN, atas kapasitinya sebagai menteri dalam negeri.

Susulan pendedahan Tan yang antara nama tersenarai adalah bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Kanan Hishamuddin Hussein, SPRM malam tadi mengumumkan ia melancarkan siasatan terhadap “beberapa orang yang dinamakan sebagai penerima dana” pada perbicaraan Zahid. – 19 Jun, 2022.



PERTANYAAN

MASUK AKAL

AMIN

KENAPA 

SEKARANG?

KHALAS

ATAU MUNGKIN

NAMA2 DISEBUT

SEBAGAI TAKTIK

NAK LAMBATKAN

KES SELESAI

AMIN

DULU NAMA2

TAK DIBERI TAHU

PADA SPRM

SEKARNG JADI

TAKTIK NAK

LAMBATKAN KES

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

India kerala cakap investigate baru SPRM akan bergerak..