Ahad, 17 Julai 2022

SATU LAGI PARTI BARU



Rozali Ismail umum bertanding PRU15

AHLI perniagaan Rozali Ismail mahu bertanding di Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd berkata beliau akan bertanding untuk mewakili kumpulan peneroka Felda melalui sebuah parti yang akan ditubuhkan nanti.

Menurut Rozali, beliau memilih Kuala Selangor kerana kawasan itu mempunyai tanah rancangan Bukit Cherakah yang katanya dekat di hatinya.

“Saya sendiri memajukan Bandar Puncak Alam ini di atas tanah Felda Bukit Cherakah dan sebab itu ia dekat di hati saya walaupun dibesarkan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

“Kemungkinan saya sendiri jika diizinkan Allah akan bertanding di kawasan Kuala Selangor,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian.

Rozali bagaimanapun belum memutuskan sama ada bertanding kerusi Parlimen atau negeri.

Kuala Selangor mempunyai tiga kerusi negeri iaitu Bukit Melawati, Jeram, dan Ijok.

Felda Bukit Cherakah terletak dalam kawasan Ijok.

“Saya tengah buat kajian (bertanding di DUN atau Parlimen) dari segi kesesuaian di bawah tiket parti yang nak ditubuhkan,” katanya.

Rozali juga dipetik berharap penyertaannya dan parti kumpulan peneroka Felda akan membantu dan membela masyarakat Felda di seluruh Malaysia untuk lebih maju. – 17 Julai, 2022.


PRU 15

AMAT MERIAH

AMIN

ADA PART

KUAS RAKYAT

AMIN

ADA PARTI

BANGSA MALAYSIA

AMIN

ADA PARTI

PUTERA

AMIN

NAK MENANG

WAJIB KE JALAN

RAYA

AMIN

PARTI MANA

PIMPIN RAKYAAT

KE JALAN RAYA

PARTI ITU AKAN

MENANG

AMIN

TAK CAYA LIHAT

DI SRI LANGKA

AMIN

KALAU TIDAK

HABIS DUIT SAJA

HANYA DAPAT

TELOR PENYU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: