Ahad, 17 Julai 2022

TEKNIK RETARD


Guru Kafa disyaki hempas murid dibebas dengan jaminan polis

SEORANG guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di sebuah sekolah di Marang dekat Kuala Terengganu, yang direman selepas disyaki menghempas seorang anak murid lelakinya hingga patah kaki, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi berkata pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan merekodkan semua keterangan daripada guru lelaki itu.

“Bahan bukti juga sudah kita kumpul dan kertas siasatan kita akan serahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya, jadi tak perlu lagi untuk kita reman guru tersebut,” katanya.

Sebelum ini, ibu kepada seorang murid lelaki berusia sembilan tahun mendakwa kaki kanan anaknya patah selepas dihempas ke atas kerusi oleh seorang guru Kafa sewaktu sesi pengajaran, 6 Julai lepas.

Kejadian itu dikatakan berlaku kerana guru Kafa tersebut berang dengan perlakuan murid Tahun Tiga berkenaan di dalam kelas. – Bernama, 17 Julai, 2022.

WOIT BRO

LU INGAT

 SENANG

NAK DAPAT

BIDADARI

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: