Selasa, 26 Julai 2022

TUKAR TIUB TEPAT BETUL



Peguam utama Najib dilantik, mohon tangguh rayuan akhir kes SRC

PASUKAN peguam yang mewakili Najib Razak bercadang untuk memohon penangguhan bagi kes rayuan SRC International Sdn Bhd yang dijadualkan bermula 15 Ogos.

Dalam surat kepada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan, Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners berkata firma itu memohon pengurusan kes segera bagi membolehkan mahkamah mendengar permohonan itu.

Dalam surat yang sama, firma itu turut memaklumkan mahkamah peguam kanan Hisyam Teh Poh Teik dilantik sebagai ketua peguam bela bagi kes rayuan SRC International membabitkan bekas perdana menteri itu, menggantikan Muhammad Shafee Abdullah.

“Pada persidangan sebutan kes atau pengurusan kes, kami diarahkan untuk:

“A. Menarik balik rayuan yang belum selesai terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan perayu untuk melantik Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom (UK) Jonathan Laidlaw secara ad-hoc.

“B. Memaklumkan kepada mahkamah berkaitan penangguhan notis usul yang difailkan pada 7 Jun, 2022 dan perbicaraan rayuan utama ditetapkan pada 15 Ogos, 2022 hingga 26 Ogos, 2022, dengan alasan pasukan baharu mengambil alih pengendalian urusan berkenaan,” kata firma itu.

“Kami memohon maaf kepada mahkamah yang mulia atas segala kesulitan yang berlaku akibat permohonan ini.”

Minggu lalu, mahkamah menolak permohonan Najib untuk melantik QC bagi mewakili beliau pada rayuan akhir.

Dalam permohonannya pada 7 Jun, Najib memohon untuk menambah bukti baharu dan memanggil saksi baharu untuk kes SRC International bagi menyokong dakwaannya berlaku konflik kepentingan oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mengendalikan perbicaraan kes itu.

Beliau juga memohon Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan keseluruhan perbicaraan kes SRC International terbatal dan mempertimbangkan perbicaraan semula diadakan.

Permohonan itu dijadualkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Persekutuan pada 29 Julai.

Pada 2020, Nazlan mensabitkan Najib bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah membabitkan wang SRC International bernilai RM42 juta.

Hakim itu menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta terhadap Najib. Keputusan itu kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan. – 26 Julai, 2022.


Peguam baharu Najib mohon tangguh tarikh dengar rayuan akhir SRC

PUTRAJAYA: Peguam baharu Najib Razak memohon Mahkamah Persekutuan menangguhkan pendengaran rayuan terakhirnya terhadap sabitan kes SRC International di mahkamah itu, yang dijadualkan bermula 15 Ogos ini.

Firma guaman Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners berkata, ia susulan pertukaran peguam yang mewakili Najib.

“Kami dengan rendah hati memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan atau pengurusan kes dengan segera untuk membolehkan peguam memberi dan mengemas kini serta mendapatkan arahan lanjut dari mahkamah.”

Firma guaman itu meminta mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 29 Julai ini.

Hari ini, peguam terdahulu Najib dari Shafee & Co memaklumkan Mahkamah Persekutuan bahawa bekas perdana menteri itu sudah melantik pasukan pembelaan baharu.

Rayuan terakhir SRC International dijadualkan didengar di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari dari 15 hingga 26 Ogos ini.

Pada 2020, Najib disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang berkaitan RM42 juta milik SRC International yang dimasukkan ke akaun banknya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Beliau dibenarkan ikat jamin sementara menunggu pendengaran di Mahkamah Persekutuan.

TUKAR TIUB

TEPAT BETUL

AMIN

SEMUA INI 

KERENAH 

TIPU HELAH

NAJIB 

AMIN

TUJUAN NAK

LAMBATKAN 

MASUK JIL

SEHINGGA

PRU15 DIJALANKAN

AMIN

SEKILAS IKAN

DI AIR TT DAH

KENAL 

JANTAN BETINA

AMIN 

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tt semua orang tau dah tt...yg najib ni akan buat dua perkara. Satu pilihanraya.satu lagi cari jalan tangguh. Tak perlu tilik2.

Tanpa Nama berkata...

gua selalu tengok jibby jalan kepit .. orang bertelur tak jalan kepit.. apakah maksudnya jibby seekor betona .. soalan dia kemana hilang telor jibb adakah telah dimakan rasaksa ?