Selasa, 26 Julai 2022

RAMALAN TUKAR TIUB TEPAT


Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan mungkin dihantar ke China esok

AHLI perniagaan Malaysia Teow Wooi Huat masih berada di bawah tahanan pihak imigresen Thailand dan menunggu untuk dihantar ke China.

“Beliau dijangka dihantar ke China tidak lama lagi,” kata sumber polis kepada Bernama tanpa mahu menyatakan butiran bila Teow akan dihantar ke negara itu. 

Bagaimanapun, media tempatan di Thailand melaporkan yang Teow akan dihantar ke China esok (Selasa).

Jumaat lepas, Teow yang berada dalam senarai merah Interpol, dipanggil pihak polis untuk diberitahu yang visa beliau telah dibatalkan. 

Beliau kemudian diserahkan kepada polis imigresen di Songkhla dan kemudian dipindahkan ke Pejabat Imigresen Suan Plu di Bangkok. 

Teow, 55, yang juga digelar Jho Low 2, merujuk kepada seorang lagi ahli perniagaan Malaysia yang sedang diburu Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, melarikan diri ke Dannok di Sadao pada 2020.

Teow membina empayar perniagaan daripada skim pelaburan haram dalam talian yang memikat pelabur dari China, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Macau.

Pada 2017, Teow ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan dadah tetapi berjaya melarikan diri ke Thailand dan terlepas daripada hukuman gantung.

Pada 2019, pihak berkuasa Malaysia membekukan 91 akaun bank berjumlah RM177 juta yang dikaitkan dengan MBI Group International ketika itu. 

Bank Negara menyenaraikan syarikat itu sebagai syarikat yang menjalankan skim kewangan meragukan.

Beliau juga dihendaki berhubung pelaburan wang haram berjumlah RM336 juta (AS$83 juta) di Macau.

Sementara itu, di Kuala Lumpur,  Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ahli perniagaan yang menjadi buruan Teow Wooi Huat kini ditahan pihak berkuasa Thailand.

Setiausaha PDRM Noorsiah Mohd Saaduddin berkata suspek merupakan individu yang disiasat oleh PDRM di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“PDRM kini sedang dalam proses permohonan untuk penama dihantar pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini. – Bernama, 25 Julai, 2022.              

TUKAR TIUB

TEPAT BETUL

SAHEH

AMIN

SAPERTI BIASA

TT MENUNJUKKAN

CHINA JAHAT

 INI AKAN

DI PILIHARA OLEH

 CHINA MERAH

AMIN

MASIH ADA LAGI

SESIAPA TAK

YAKIN TENTANG

CHINA MERAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: