Selasa, 26 Julai 2022

ZAHID PUN MINTA TANGGUH


Saksi terakhir positif Covid-19, bicara kes rasuah Zahid tangguh

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam menangguhkan perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) hari ini, ke Jumaat kerana saksi pendakwaan terakhir kes itu dijangkiti Covid-19.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran memberitahu Hakim Mohd Yazid Mustafa bahawa saksinya yang merupakan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan perkara itu pada lewat malam tadi. 

Raja Rozela berkata pihaknya akan memanggil saksi pendakwaan ke-18 itu selepas dia disahkan pulih daripada jangkitan berkenaan.

“Pihak kami dimaklumkan pada lewat malam tadi, pegawai penyiasat kes ini positif Covid-19. Jadi, kami tidak dapat memanggil dia hari ini.

“Kami mohon agar tarikh bicara pada minggu ini dikekalkan. Kami ingin mengambil kira bahawa jika saksi sihat pulih semula, sudah negatif, kami ingin memanggil saksi tersebut hadir pada Jumaat (29 Julai),” katanya.

Raja Rozela, yang mengetuai pasukan pendakwaan, turut memohon tarikh perbicaraan pada Ogos dikekalkan supaya dapat meneruskan prosiding itu.

“Sudah banyak tarikh bicara ditetapkan. Kita ada beberapa lagi pada Ogos ini, jika tiada aral melintang, perbicaraan boleh diteruskan ke tarikh itu,” katanya.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan tarikh sambung bicara pada 10, 11, 12 dan 24 Ogos.

Dalam perbicaraan itu, pendakwaan diwakili Raja Rozela, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob dan Zander Lim Wai Keong manakala Zahid diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.

Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3 juta; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018. – Bernama, 26 Julai, 2022.              


NAK BUAT

MACAM MANA

WAJIB TANGGUH

KERANA 

MAT KOBID

KAH KAH KAH

TAK TANGGUH

LAGI BAHAYA

SEMUA DEMAM

AMIN

AWAS !

MAT KOBID

INI BUKAN

AJEN ZAHID

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mat Kobid sudah jadi agent bagi lambat pilihanraya sudah lambat Kes mahkamah kah kah kah betul.kah belum vaksin kah kah kah hanya Maha ESA ketahui amin