Rabu, 17 Ogos 2022

TAHNIAH SABRI !!



Laporan jawatankuasa Ambrin Buang dinyahklasifikasi

LAPORAN jawatankuasa khas yang menyiasat perolehan kapal tempur pesisir hari ini dinyahklasifikasi dengan beberapa bahagian daripada laporan 106 mukasurat itu bagaimanapun dipadam atas nasihat Jabatan Peguam Negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Sollehuddin Alyubi Zakaria dalam suratnya kepada Sekretariat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini.

Surat itu yang dilihat The Malaysian Insight turut disalinkan kepada Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Dalam suratnya, Sollehuddin merujuk keputusan Jemaah Menteri pada 10 Ogos yang setuju untuk menyahklasifikasi Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung perolehan enam buah kapal tempur untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.


“Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Perdana Menteri telah mengambil tindakan sewajarnya bagi melaksanakan proses menyahklasifikasi dokumen berkenaan.

“Bagaimanapun selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara rujukan kepada perenggan 2.39.1, 2.39.2, 2.39.4, Jadual 9, Jadual 10, Jadual 11 and Jadual 18 dipadam,” kata Sollehuddin dalam suratnya.

Bahagian yang dipadam melibatkan nama ahli lembaga pengarah dan pemegang saham Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd serta maklumat pinjaman syarikat itu setakat 31 Mei 2019.

Jabatan Peguam Negara juga menasihati agar pemilikan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan Perstim Industries Sdn Bhd juga dipadam.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh juga mengesahkan pihaknya menerima makluman nyah klasifikasi laporan berkenaan.

“PAC telah menerima salinan laporan JKSTUPKK yang telah dinyahklasifikasikan,” katanya.

PAC dalam laporannya yang diumumkan pada 4 Ogos turut mencadangkan agar laporan jawatankuasa khas itu, yang dibentuk semasa pentadbiran Pakatan Harapan, didedahkan kepada umum.

Ia kemudian dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 10 Ogos, seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Laporan PAC itu merumuskan sembilan punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion, yang sehingga ini masih belum sempurna siap.

Laporan 14 ahli Parlimen rentas parti itu antara lain mendapati kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) melalui kontrak runding terus, namun tiada kapal diterima setakat ini.

PAC juga mencadangkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan ke atas laporan siasatan berhubung projek perolehan itu dan menyegerakan pendakwaan. – 17 Ogos, 2022.

TAHNIAH !!

SYABAS !!

AMIN

APA MAKNA

BERITA INI ?

AMIN

MAKNANYA

SABRI BLURBERY

SUDAH BELOT

AMIN

BLURBERERY

MAHU NAJIB

MAHU ZAHID

MAHU HISHAM

KENA DAKWA

KAH KAH KAH

SABRI MAKIN

BIJAK & BERANI

AMIN

TAHNIAH SABRI

TAHNIAH

BLURBERRY

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: