Rabu, 17 Ogos 2022

PEMIMPIN ISLAM DIZALAMI

 

Najib: Keadilan gopoh adalah keadilan dihancurkan – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menolak bukti-bukti baharu dalam kes melibatkan Najib  disifatkan sebagai mengecewakan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Tuan Haji Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau setuju dengan pandangan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa ‘keadilan tertangguh akan menafikan keadilan’.

Namun katanya, terdapat kata-kata yang turut menyebut ‘keadilan tergesa-gesa adalah keadilan yang dihancurkan’.

Justeru beliau melahirkan rasa kebimbangan terhadap persepsi buruk rakyat terhadap sistem keadilan negara.

“Betul Ketua Hakim Negara Tengku Maimun mengatakan “Justice delayed is justice denied“. Tetapi di sana ada juga legal maxim yang menyebut, “justice rushed is justice crushed”.

“Saya sebenarnya merasa amat bimbang dengan persepsi rakyat terhadap institusi keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Asyraf Wajdi, pihaknya menghormati hak mahkamah  tetapi keputusan untuk menolak peguam tertuduh mengemukakan bukti hanya atas sebab teknikal akan dilihat sebagai merencatkan hak orang yang didakwa.

Beliau menegaskan, barisan peguam Najib seharusnya diberikan ruang untuk mengemukakan bukti-bukti baharu.

“Tidakkah mahkamah mahu tahu apakah bukti itu? Tidakkah kita semua juga mahu tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku?

“Dan pada akhirnya jika bukti-bukti ini mahu ditolak juga, maka tolaklah atas sebab kelemahan bukti ini sendiri. Bukannya atas sebab teknikal yang sebenarnya boleh ditimbang atas budi bicara.

“Islam meletakkan keadilan pada tempat yang tertinggi. Baik kepada hak mangsa atau hak tertuduh itu sendiri. Setiap orang diberikan hak seluas-luasnya untuk membela diri,” kata Asyraf Wajdi.

Tambah beliau, Najib ketika menjadi Perdana Menteri tidak pernah mengganggu sebarang proses mahkamah kerana menghormati prinsip keadilan.

Ini termasuk kes yang melibatkan musuh politik Najib iaitu Presiden PKR,  Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat pembantu peribadinya.

“Walaupun kes itu berjalan hampir tujuh tahun dan ditangguh lebih 70 kali. UMNO percaya itu adalah hak tertuduh untuk mendapatkan masa dan ruang bagi membela diri dengan sebaiknya,” kata Asyraf Wajdi.

Justeru Asyraf Wajdi menegaskan, persepsi buruk rakyat terhadap sistem kehakiman seperti dekad 80an dan 90an tidak sepatutnya berulang.

“Saya percaya akan ada hikmah yang Allah akan datangkan. Buat Datuk Seri Najib, sekiranya ini adalah ujian maka percayalah Dia tidak pernah menguji hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan mereka.

“Apa juga yang berlaku, rakyat pasti tidak akan lupa siapa yang telah membawa negara ini ke satu aras yang tidak pernah tercapai sebelumnya.

Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan Najib memasukkan bukti tambahan membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Permohonan pasukan peguam baharu Najib Razak yang minta diberi masa untuk membuat persiapan bagi rayuan kes SRC International turut ditolak. 

BETUL TEPAT

LAGI BENAR

AMIN

PEMIMPIN ISLAM

DI ZALAMI

AMIN

SEHARUSNYA

BERI MASA

KURANG KURANG

20 TAHUN UNTUK

KES INI SELESAI

AMIN

JANGAN GOPOH

NAJIB ADA BANYAK

HAL NAK URUS

AMIN

ANAK BUNTING

BINI MUDA

DATANG BULAN

KENA KOBIDI

CERET BERET

PERUT KEMBONG

SEMUA INI

WAJIB DIAMBIL

KIRA

KAH KAH KAH

JANGAN GOPOH

PEGUAM NAK

BUKA FAIL

INI AMBIL MASA

PEGUAM CARI 

CERMIN MATA

INI AMBIL MASA

PEGUAM BACA

DLM BAHASA MELAYU

KENA TERJEMAH

KE BAHASA INGGERIS

INI AMBIL MASA

AMIN

2O TAHUN

PALING CEPAT

KES INI SECARA

ADIL BARU BOLEH

SELESAI

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masa tutuh duit ada teringat Allah ke ?

Tanpa Nama berkata...

Sampah asrap wajdi, ko tk payah la nk mperbesarkan pasal bukti hearsay dan hakim sedangkan perkara pokok rasuah 42 juta ko butakan mata hati ko..
Lahanat..