Rabu, 17 Ogos 2022

NAJIB ADA PELUANG UNTUK BEBAS


Najib boleh mohon rayuan sekali lagi untuk penangguhan prosiding esok

KUALA LUMPUR – Pilihan Najib berhubung prosiding akhir bagi sabitan hukuman dan denda berkaitan kes penyelewengan dana SRC bernilai RM42 juta sangat terhad.

Bekas perdana menteri itu hanya boleh memohon penangguhan sekali lagi dan ia usaha terakhir untuk menjelaskan kedudukannya yang memerlukan masa yang lebih bagi membuat persediaan menghadapi kes rayuan akhir itu.

Menurut peguam  Geethan Ram Vincent, itu sahaja peluang Najib sebelum berdepan dengan prosiding rayuan akhir esok.

“Pilihan yang Najib ada dalam kes ini amatlah terhad, hanya satu sahaja pilihannya pada pandangan saya. Peguam beliau hadir esok dan menerangkan kembali situasi yang sedang dihadapi dan memohon masa untuk menangguhkan pendengaran prosiding akhir ini bagi mengkaji kes serta menyediakan hujah-hujah penting.

“Bagaimanapun sekiranya permohonan itu gagal dan ditolak panel, tidak ada pilihan selain meneruskan prosiding akhir rayuan mengikut tarikh ditetapkan Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Kata Geethan Ram lagi, Najib juga tidak boleh membuat semakan kehakiman di mana-mana mahkamah ketika ini berkaitan kes berkenaan.

Untuk makluman, semalam panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak pasukan pembelaan Najib untuk memasukkan bukti tambahan yang dikatakan bukti baharu yang membabitkan kedudukan Mohd Nazlan dalam Kumpulan Maybank sebelum rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International yang dihadapi bekas Presiden UMNO itu.

Panel yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat turut menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding akhir rayuannya antara tiga hingga empat bulan bagi membolehkan barisan peguam baharu yang dilantik itu bersedia dengan hujahan lebih baik.

Najib pula ketika ditemui pemberita tetap bersemangat untuk terus melawan semua pertuduhan terhadapnya walaupun selepas permohonan memasukkan bukti baharu dan penangguhan prosiding rayuan ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah kemudian menetapkan prosiding rayuan akhir itu bermula pukul 9.30 pagi esok.

Ini juga peluang terakhir mempertahankan diri dan perkara itu akan dibentangkan Najib melalui peguamnya bersandarkan 94 alasan mengapa beliau harus dibebaskan daripada tujuh tuduhan menyeleweng dana SRC.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan akan mengemukakan rayuan terakhir bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC. –


NAJIB 

PEMIMPIN ISLAM

MASIH ADA 

PELUANG BESAR

UNTUK BEBAS

AMIN

SEBAGAI

 PEMIMPIN ISLAM

NAIB WAJIB BUAT

SUMPAH LAKNAT

DI MASJID

KAMPUNG BARU

AMIN

DULU NJIAB

DITUDUH MAIN 

JUBO ALTANTUYA

OLEH P. I BALA

AMIN

NAJIB BUAT

SUMPAH LAKNAT

HINGGA HARI INI

NAJIB SEHAT

WALAFIAT

AMIN

INI BUKTI NAJIB

SUCI BERSIH

MANGSA  FITNAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: