Rabu, 17 Ogos 2022

MAT KOBID MASIH GANAS


Kes harian turun ke paras 3,400 jangkitan, 9 lagi terkorban


3,429 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,741,413 kes.

Sebanyak 4,882 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,664,570.

Ketika ini, 40,741 kes aktif direkodkan, dengan 39,062 atau 95.9% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 32 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,563 (3.8%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 84 kes dan 58 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 64.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 22.6%.

Sembilan lagi kematian dilaporkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan sebanyak 36,102 orang.

ADAKAH

MAT KOBID

AKAN DIGUNAKAN

UNTUK HALANG

CERAMAH

AMIN

SAJE TANYA

KERANA ADA

KEMUNGKINAN

MAT KOBID AKAN

LEBIH AKTIF

BILA PRU15 DEKAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: