Rabu, 7 September 2022

PENCERAHAN PENGAMPUNAN - WAJIB BACA



Perbicaraan didakwa tidak adil bukan alasan ampunkan Najib, kata bekas ketua hakim negara


DAKWAAN kononnya Najib Razak tidak mendapat perbicaraan yang adil bukan alasan terbaik bagi Lembaga Pengampunan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengampunkan bekas perdana menteri yang sekarang menjalani hukuman penjara, kata bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Mohamad.

Katanya, Lembaga Pengampunan tiada kuasa untuk menentukan sama ada Mahkamah Persekutuan tidak memberi keadilan kepada Najib, apabila menolak permohonan beliau untuk menangguhkan pendengaran rayuannya baru-baru ini.

“Perasaan Najib tidak mendapat perbicaraan adil berdasarkan emosi ahli-ahli sesebuah parti politik tidak boleh menjadi alasan memberi pengampunan,” katanya dalam satu ulasan di laman webnya mengenai pengampunan diraja terhadap Najib.

Kelmarin, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengesahkan menerima salinan petisyen pengampunan Najib yang difailkan pada Jumaat lepas.

Katanya, oleh sebab petisyen itu difailkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman, status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal buat masa ini dan hanya ditentukan selepas proses pengampunan selesai.

Pada 23 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Najib terkait tujuh pertuduhan melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk mula menjalani hukuman penjara 12 tahun selain dikenakan denda RM210 juta.

Menurut Abdul Hamid, persoalan sama ada Najib patut diampunkan atau tidak jadi kontroversi kerana ia dipolitikkan.

Dalam tulisannya, Abdul Hamid yang menerajui badan kehakiman antara 2007 dan 2008 mengimbau pengampunan diraja kepada dua ahli politik Umno iaitu bekas menteri besar Selangor Harun Idris dan bekas menteri belia dan sukan Mokhtar Hashim.

Katanya, dua pengampunan itu diberikan atas dasar kemanusiaan dan tidak mempertikaikan penghakiman yang dibuat oleh mahkamah semasa perbicaraan.

Bagaimanapun semua itu diubah semasa pengampunan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim pada Mei 2018, selepas Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-15.

Katanya, pengampunan kepada Anwar semata-mata berasaskan politik. Malah ia tidak melalui proses persidangan Majlis Pengampunan, tambahnya.

Beliau mendakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menjadikan Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan sebagai alat untuk membebaskan pemimpin politik yang melakukan kesalahan jenayah daripada hukuman penjara setelah menang pilihan raya.

Abdul Hamid seterusnya berhujah apa yang dibuat dalam pengampunan Anwar tidak wajar diulang lagi dalam kes Najib, sekiranya Barisan Nasional (BN) nanti menang pilihan raya.

“... precedent (duluan) yang diwujudkan oleh kes Anwar itu tidak patut diikuti untuk mengelak pemimpin-pemimpin yang korup, menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang negara dan penjenayah daripada berkuasa atau berkuasa semula dan mengelak hukuman.

“Ia juga untuk mengelak ahli-ahli politik daripada memperalatkan Raja Berperlembagaan dan Lembaga Pengampunan untuk membolehkan pemimpin seperti itu berkuasa atau berkuasa semula,” katanya.

Itu bukanlah tujuan Lembaga Pengampunan diadakan, tambahnya.

Abdul Hamid menyarankan agar Lembaga Pengampunan kembali kepada amalan asal iaitu mengampunkan kesalahan jenayah tanpa mempertikaikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh mahkamah.

“Lembaga Pengampunan bukanlah mahkamah rayuan dan jika tertuduh tidak bersalah, apakah yang hendak diampunkan?” katanya.

Najib masih ada empat perbicaraan lain melibatkan kesalahan rasuah, pecah amanah, pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB, serta dakwaan meminda laporan akhir audit syarikat dana kedaulatan negara. – 7 September, 2022.


NAK AMPUN

KES YANG MANA

AMIN

NAJIB NAZAK

RAMAI KES

AMIN

YANG INI

ATAU YANG

AKAN DATANG ?

AMIN

BAGAIMANA DGN

ROSMAH

ZAHID

ISA SAMD

AZEEZ LEEGAM

BUNG MOKHTAR

APAKAH SEMUA

AKAN DI AMPUN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: