Rabu, 7 September 2022

HULURKAN BANTUAN UNTUK SOSOK BAIK HATI

 



Tempat perlindungan anjing rayu bantuan

NG Foo Mun, 65, dan 220 anjing di rumah perlindungannya sangat memerlukan bantuan.

Beliau yang mula membuka rumah perlindungan itu pada 2013 kini bergelut untuk menyediakan makanan untuk anjingnya di situ, apatah lagi kos semakin meningkat.

Ng mula menjadi sukarelawan sepenuh masa di pusat perlindungan haiwan selepas bersara daripada sebuah syarikat akhbar, apabila beliau menyewa sebuah rumah di Sungai Buloh untuk mula membuka sebuah pusat perlindungan, sebelum berpindah ke Bestari Jaya.

Beliau selama ini banyak menyelamatkan anjing dan kucing liar yang cedera tetapi sejak akhir-akhir ini berdepan kesukaran untuk menampung kos harga barangan semakin tinggi.

“Kos naik hingga 30%. Saya perlu sekurang-kurangnya RM18,000 sebulan untuk mengendalikan rumah perlindungan ini,” katanya yang mengendalikan MunMun Furry Sanctuary.

Katanya, kos bulanan bukan saja untuk makanan anjing tetapi termasuk gaji pekerja.

“Dua pekerja saya minta tambahan gaji kerana mereka tahu di luar sana ramai yang perlukan pekerja warga asing. Jadi saya terpaksa naikkan gaji mereka.”

Ng berkata beliau menerima sumbangan orang ramai tetapi jumlahnya tidak konsisten.

“Jika tidak dapat sumbangan, saya terpaksa guna wang simpanan sendiri.

“Saya akan lakukan apa saja untuk memastikan rumah perlindungan dan anjing di sini kekal selamat,” katanya.

Katanya, beliau mahu menyelamatkan lebih banyak anjing tetapi pada masa ini tidak boleh berbuat demikian kerana kekurangan dana.

“Dulu masa barang lebih murah, saya akan selamatkan semua anjing yang saya terjumpa dan bawa mereka ke sini tetapi sekarang saya perlu pastikan yang saya ada kemampuan untuk memberi mereka makan secukupnya.

“Saya ada lebih 220 anjing di sini pada masa ini dan dengan situasi kewangan sekarang, saya tidak boleh tambah lagi,” katanya.

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana pemilik tanah memberinya kawasan seluas 1.5 hektar dengan sewa hanya RM1.

“Tuan tanah ini pencinta haiwan.”

Ng berkata kebanyakan anjing yang berada di situ adalah haiwan liar yang ditinggalkan di tepi jalan dan rumah perlindungan kerana pemilik mereka tidak bertanggungjawab. –

Mereka yang mahu menghulurkan bantuan kepada Ng boleh menghubunginya di laman web atau Facebook.

https://mmfurrysanctuary.wixsite.com/animalshelter https://www.facebook.com/mmfurrysanctuary/ – 7 September, 2022.

BERSEDEKAH DISINI:

Account Name : MunMun Furry Sanctuary
Bank : AMBank Islamic Berhad
Account No : 8881033537582
Swift Code : ARBKMYKL
Address : No. 28B, Jalan Besar. 45600 Bestari Jaya. Selangor Malaysia.

SILA HULURKAN

SEDEKAH BANTUAN

KITA BERAMAL

JARIAH

PADA SOSOK

YANG BAIK HATI

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan: