Rabu, 7 September 2022

ROCK YA NA NA


Konsert antarabangsa terima kelulusan boleh diteruskan, kata Shahidan

KONSERT artis antarabangsa yang sudah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa boleh diteruskan seperti yang dijadualkan, kata Shahidan Kassim, bertentangan kenyataanya sebelum ini yang berkata perkara itu akan tertakluk kepada semakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata konsert yang masih belum mendapat kelulusan akan dikaji semula kesesuaiannya dengan budaya Malaysia. 

Beliau berkata persembahan antarabangsa bukan sahaja perlu menghiburkan, tetapi juga menggalakkan nilai-nilai positif.

“Jadi, pada masa akan datang, kita akan mengadakan perbincangan untuk memastikan semua acara yang dirancang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya dalam ucapan pada majlis di Floria Diraja Putrajaya hari ini.

Pada Ahad, Shahidan berkata DBKL akan mengkaji semula kelulusan yang telah diberikan kepada konsert bagi memastikan kesesuaiannya.

Bulan lalu, sayap Pemuda PAS mengancam mengadakan protes di seluruh negara jika Putrajaya terus membenarkan konsert antarabangsa di negara ini.

Ketua sayap itu, Ahmad Fadhli Shaari berkata konsert menyebarkan “budaya hedonisme” dan bertentangan dengan “norma dan nilai kehidupan orang Islam” di Malaysia.

“Bagi pihak Pemuda PAS, saya amat berharap kerajaan melalui menteri yang berkaitan mempertimbangkan untuk membatalkan dan menarik balik kebenaran konsert ini berlangsung.

“Masanya tidak sesuai dan nilai yang mereka bawa bertentangan dengan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya dalam catatan di Facebook.

Shahidan juga berkata sebarang acara masa depan harus memberi manfaat kepada ekonomi.

“Jika kita berbelanja untuk bakat tempatan, rakyat Malaysia yang akan mendapat manfaat.

“Tetapi jika kita berbelanja untuk orang luar, ini tidak begitu berfaedah untuk kita,” tambahnya. – 6 September, 2022.

 

WOIT

LU TAK SUKA

ROCK GITAR

 ADA TECHNO

UNTUK LU

KAH KAH KAH

AMIN 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini taktik tarik pengundi muda umur 18 tahun, dia orang anti klimax tak suka rockers, bikers tapi sejak akhir akhir ini semua boleh, nak rxz boleh, nak bina trek lumba boleh, mat rempit boleh sebab nak undi semua boleh, agama syariah taruk tepi dulu, sekarang masa nak undi semua boleh kah kah kah kalau tak nampak lagi Bodoh namanya kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Adoi ..kito ni tak abih-abih corito pasal puki bidadari, oookoom cabot bulu pantek, surgo kek tapak kaki laki, ookoom pancot kek luar pantek ..oktober pes, konsert, mak yong ..bagi derma dapek terus ko surge ..kito dah makin banggang .. dulu anak ghimau asia samo ngan kapir Tumasik, Korea, Japon ..ari ni kito dah jadi anak babi ..pemimpin mcm babi ..bolumbo masok ponjaro ..ini lah akibat jual igamo untuk isi thombolok ..puki mak botol