Rabu, 7 September 2022

KAD KREDIT HAD 3 JUTA


Najib ada kad kredit dengan had RM3 juta, mahkamah diberitahu

BEKAS perdana menteri Najib Razak yang disabitkan kesalahan pernah memiliki dua kad kredit platinum dengan setiap satu mempunyai had maksimum RM3 juta, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Teoh Eng Leong, bekas naib presiden Ambank di jabatan kad kredit memaklumkan Hakim Collin Lawrence Sequerah had RM3 juta itu adalah antara yang tertinggi pernah diberikan oleh bank tersebut.

Saksi ke-35 perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu mendedahkan Najib telah membelanjakan hampir RM100,000 untuk sebuah bilik hotel di Rom, Itali pada 2011.

“Terdapat satu transaksi yang dibuat oleh Najib Razak menggunakan MasterCard Platinum (P) dengan nombor 5289 4380 0003 8961 pada 21.07.2011. Pembayaran telah dibuat kepada The Westin Excelsior R Roma untuk sejumlah RM98,013.63 (EUR22,461.62). Baki bagi bulan itu ialah RM98,013.63,” katanya.

Menurut Teoh, Najib membuat beberapa lagi pembayaran menggunakan kad lain yang dikeluarkan oleh Ambank, kali ini Visa di KLCC pada Ogos 2011.

“Urus niaga yang dibuat oleh Najib adalah seperti berikut: - Aigner-KLCC Kuala Lumpur 21 Ogos sebanyak RM4,145, Hugo Boss KLCC (dua bayaran berasingan RM910.00 dan RM880.00 masing-masing).”

“Dan pada 30 Ogos, Najib menerima Bayaran Balik Tanpa Cukai daripada United Kingdom sebanyak RM2,190.68,” tambahnya.

Najib berhadapan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB, selain 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Beliau kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas rayuan terakhirnya berkait kes SRC International ditolak Mahkamah Persekutuan.

Yeoh kemudiannya ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan mengenai had purata kad kredit yang diberikan kepada pelanggan biasa.

Yeoh, 61 tahun yang kini berkhidmat dengan Hong Leong Bank, memberitahu mahkamah had purata ialah sebanyak RM50,000.

Deepa: Adakah ini (RM3 juta) had tertinggi yang diberikan kepada pelanggan?

Yeoh: Saya percaya ini antara had tertinggi yang diberikan oleh Ambank.

Deepa bertanya kepada Yeoh jumlah perbelanjaan untuk kad itu setakat Oktober 2011, saksi berkata ia adalah RM103,948.63.

Menurut Teoh, kedua-dua kad kredit itu telah dibatalkan pada 11 Mac 2015 dan tiada baki tertunggak pada kad tersebut.

Ketika Yeoh disoal balas oleh peguam bela Wan Aizuddin Wan Mohammed mengenai pertimbangan Ambank untuk memberikan had kad kredit RM3 juta, Yeoh berkata pertimbangan itu berdasarkan kapasiti pendapatan pelanggan.

Ditanya sama ada hubungan jangka panjang pelanggan dengan bank boleh menjadi faktor dalam had kad kredit sedemikian, Yeoh berkata ia bergantung jika pelanggan mempunyai kemudahan lain dengan bank seperti akaun pinjaman.

Wan Aizuddin kemudian cuba memberi bayangan kad itu disalahgunakan oleh orang lain dengan bertanya sama ada Yeoh ada pengetahuan tentang siapa yang akan guna kad itu.

Yeoh berkata mereka tidak pernah terima sebarang aduan daripada pemegang kad, justeru kad itu tidak pernah disalahgunakan.

Aizuddin: Berkenaan dengan orang yang menggunakan kad itu, anda tidak ada pengetahuan?

Yeoh: Tiada pertikaian yang dibangkitkan oleh pemegang kad dan jika ada isu, pasti ada aduan.

Deepa kemudian bertanya kepada Yeoh sama ada Ambank pernah menerima aduan sedemikian daripada Najib tetapi saksi itu mengulangi yang bank itu tidak pernah menerima sebarang pertikaian mengenai transaksi itu. – 6 September, 2022.


BUKAN RATUS

BUKAN RIBU

JUTA JUTA

KAH KAH KAH

INI BARU ISTERI

MITHALI

KAH KAH KAH

BERSEDIA DUIT

UNTUK SUAMI

BERSHOPPING

KAH KAH KAH

NASIB BAIK

KAD DAH BEKU

KALAU TIDAK

SEMUA CIK GU

DI KAJANG KENA

TAPAU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: