Ahad, 30 Oktober 2022

SERANGN KOBID MELONJAK


Lebih 3,000 kes baharu Covid-19 bagi hari kedua berturut-turut


MALAYSIA mencatat lebih 3,000 kes baharu Covid-19 bagi hari kedua berturut-turut semalam, merekodkan 3,189 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang disahkan di negara ini kepada 4,896,922.

Sehari sebelumnya, Malaysia mencecah lebih 3,000 kes baharu buat kali pertama sejak pertengahan Ogos dengan 3,296 kes baharu.

Semalam, satu kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian kepada 36,464.

Terdapat 2,541 pemulihan, menjadikan jumlah pemulihan kepada 4,829,756.

Kini terdapat 30,702 kes aktif, yang mana 29,330 atau 95.5% sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, 0 (0.0%) berada di pusat kuarantin manakala 1,312 (4.3%) dimasukkan ke hospital.

Seramai 60 pesakit berada di ICU dengan 34 memerlukan bantuan pernafasan. – 30 Oktober, 2022.

WOIT

MAT KOBID

MACAM TAHU

KITA NAK PRU

AMIN

SENGAJA NAK

KACAU KEMPEN

AMIN

NI DUA KALI

TERUK

AMIN

ADA BANJIR

ADA KOBID 

MAKIN PARAH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lagi dekat nak raya lagi tinggi nampak, betul kah, atau saja bagi orang takut takut, mana satu nak percaya sekarang, kah kah kah kalau berita dalam Malaysia ini susah nak percaya sebab orang membaca berita pun terikut sama putar belit menipu macam orang politik, jual minyak kuat, jual wangian, jual air botol surah kah kah kah semua nak menipu menipu untuk mencuri merasuah merompak woit