Ahad, 30 Oktober 2022

SETAN TAKUT AYAT KERUSI

 


Naib Presiden Bersatu keluar parti

NAIB Presiden Bersatu yang juga bekas ADUN Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Rafiq, beliau memilih keluar parti kerana kecewa susulan tidak dibenarkan bertanding di Parlimen Tangga Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Difahamkan Perikatan Nasional (PN) masih belum membuat keputusan terhadap kerusi itu namun semalam PAS Melaka berkata mereka akan meletakkan calon di Tangga Batu dan Jasin.

Sebelum ini Rafiq merupakan Pengerusi PN dan Bersatu Melaka namun mengundurkan diri selepas gagal memenangi kerusi Telok Mas dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada November 2021.

Beliau juga Exco Kerajaan Negeri Melaka di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika pemerintahan Ketua Menteri Adly Zahari pada Mei 2018 sehingga pentadbiran PH tumbang pada Mac 2020.

Sebelum itu kekalahan di Telok Mas, Rafiq merupakan ADUN Paya Rumput. – 30 Oktober, 2022.
 

WOIT

HANTU SETAN

 TAKUT

AYAT KERUSI

KAH KAH KAH

YB SETAN TAKUT

ILANG KERUSI

KAH KAH KAH

RES MI KES

MI LORD

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

cikminah berkata...

Naib Presiden BERSATU, Mohd Rafik Nizamohideen keluar parti!!!
Hahaha, tak dicalonkan di Tangga Batu, dia keluar party.
Tabik kat Khairi Jamaluddin (KJ), cool je walupun kerusi parlimen REMBAU yg disandangnya 4 penggal dirampas Mat Hassan. Dia takda histria, buat press conference, KELUAR PARTY. KJ yakin boleh menang di mana sahaja dia dicampak. Ini barulah hero, anak jantan. KJ adalah calon yang patut disenaraikan untuk diundi.

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah wakil rakyat sampah. Orang melaka tak ambil pusing pasal seekor beruk nie. Dia yang terkinja-kinja syok sendiri. Baguslah kalau betul dah blah. Menyemak pun.