Ahad, 30 Oktober 2022

SUSAH KAN WARGA KELANTAN



Lepas tiga dekad, PAS tidak lagi kebal di Kelantan

SELEPAS lebih 30 tahun menguasai Kelantan, PAS tidak lagi kebal dan kini parti itu berdepan dengan gelombang kekecewaan penduduk yang mahu menukar pentadbiran kerajaan negeri.

Warga negeri ini antara lain melihat kegagalan pentadbiran PAS menangani isu tanah, bekalan air dan dalam menyalurkan bantuan sedangkan pemimpinnya bermewah dalam berbelanja.

Penduduk yang ditemui The Malaysian Insight berkata kekecewaan mereka memuncak apabila membandingkan pentadbiran PAS waktu ini dengan kerajaan pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengundi ini mengakui memilih PAS pada waktu dulu kerana ketokohan allahyarham yang disifatkan mereka sebagai pemimpin paling berpengaruh dalam politik Malaysia moden.


Namun kini mereka sedia menolak parti Islam itu dalam pilihan raya umum ke-15.

Peniaga, Ibrahim Mohd Nor, 32 berkata sebelum ini beliau telah mengundi PAS sebanyak dua kali namun kini mahu menukar sokongan kerana inginkan perubahan.

“Saya rasa cukuplah undi PAS. Kali ini saya nak beri peluang kepada Umno, Barisan Nasional pula.

“Bagi saya kerajaan Kelantan kena bertukar. Kena ada perubahan barulah nasib dan kebajikan rakyat terbela,” kata pemuda itu yang berniaga di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Sambung pemuda itu, beliau percaya PAS kebal selama ini kerana kepemimpinan Nik Aziz namun sejak kematian tokoh itu pada 2015, sokongan rakyat semakin merosot.

“Sentimen ini bukan saya seorang sahaja. Semua rasa benda yang sama. Mereka kecewa pentadbiran PAS sekarang ini tak sama seperti arwah tok guru (Nik Aziz)

“Kebajikan rakyat diabaikan, macam kita peniaga mereka tak ambil kisah pun tapi mereka boleh pulak berbelanja beli kereta Mercedes untuk wakil rakyat.

“Jika arwah Tok Guru masih ada saya yakin perkara ini tak akan berlaku,” katanya.

Beliau merujuk tindakan kerajaan Kelantan membelanjakan RM3.5 juta pada tahun lalu untuk membeli 14 buah kereta Mercedes Benz bagi kegunaan rasmi pemimpin negeri.

Pembelian itu meraih pelbagai kritikan kerana dana kerajaan negeri yang dijimatkan akan dapat disalurkan kepada keperluan yang lebih mendesak.

Ada air apabila hampir pilihan raya

Ibrahim yang merupakan generasi kedua peniaga pasar Siti Khadijah berkata pelbagai rayuan telah dibuat agar pihak berkuasa tempatan memperbaiki dah menambah baik struktur pasar tersebut.

Beliau memberi contoh, peniaga barangan kering di tingkat dua amat terdesak kerana pengudaraan yang terhad dan ketiadaan kemudahan seperti sinki untuk membasuh tangan.

“Kita nak pecah dinding ini nak bagi udara masuk sebab atas ini panas. Mereka tak sediakan kipas. Jadi kalau orang nak datang pun tak selesa.

“Kemudian sinki tangan ini memudahkan peniaga, pengunjung. Jika tidak mereka terpaksa masuk dalam tandas perlu bayar 30 sen semata-mata untuk cuci tangan,” katanya.

Tambah Ibrahim itu belum termasuk dengan bekalan air yang sering terputus di pasar tersebut.

“Cuma yang peliknya bila nak dekat pilihan raya ini, dalam tempoh dua bulan ini ada pula airnya,” katanya.

Kekecewaan sama turut dikongsi Faqih Rosmadi, 28, yang percaya majoriti peniaga pasar itu akan menolak PAS dalam pilihan raya umum kali ini.

Beliau berkata mereka begitu kecewa kerana kerajaan negeri mengabaikan dan tidak membantu peniaga.

“Saya dahulu undi PAS tapi sekarang nak tukarlah sebab sangat kecewa dengan PAS. Masa jadi kerajaan negeri ini apa yang mereka bantu peniaga.

“Kalau PAS ini mereka setakat bagi tempat dan lesen lepas itu pandai-pandai lah kita nak hidup,” katanya yang kecewa kerana banyak rayuan peniaga diabaikan kerajaan negeri.

Katanya, struktur bangunan pasar itu semakin uzur akibat kelemahan penyelenggaraan dan PBT juga tidak mengendahkan gesaan menambah ruangan parkir kenderaan.

Tak takut undi BN

Seorang rakannya, Sayuti, 43, juga sependapat dan berkata mereka tidak takut untuk membuat perubahan dan menyokong BN untuk memberi teladan kepada PAS.

“Sebab sini Kelantan parti yang kuat hanya dua sahaja. Kalau tidak PAS, BN. Jadi kali ini kita akan pilih. Sebab sudah tiba masanya kita kena ajar PAS.

“Bagi kita, mereka sudah terlalu selesa kerana pegang kuasa terlalu lama. Walau BN ini tidaklah bagus sangat tapi asalkan PRU15 kali ini bukan PAS (menang).

“Masalah air ini pun terlalu biasa untuk kita. Bagi kita kalau tak ada air itu normal lah tapi kalau ada air itu yang sangat unik luar biasa,” katanya.

Beliau juga memerhatikan bahawa corak pengundian rakyat Kelantan pada kali ini tidak akan sama seperti dulu yang setia kepada satu parti.

“Maknanya sekarang ini ramai tidak kisah untuk bertukar. Kalau sekarang kita pilih BN tapi kalau mereka gagal kita pilih parti lain juga.

“Cara ini saja yang boleh untuk buka mata parti politik ini yang kuasa memilih itu sebenarnya pada rakyat,” katanya.

PAS memerintah Kelantan sejak PRU 1990 dan parti itu berulang kali diserang cubaan musuh tradisinya Umno yang menerajui BN untuk merampas kuasa di negeri itu.

PAS hampir tewas kepada Umno dalam PRU 2004 yang menyebabkan parti Islam gagal meraih majoriti dua pertiga daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam PRU itu, pengundi Kelantan menunjukkan sikap memilih secara blok yang tercetus selepas Abdullah Ahmad Badawi menjadi presiden Umno dan seterusnya dilantik menjadi perdana menteri.

Pada ketika itu, ketokohan Nik Aziz memastikan sokongan ke atas PAS, terutama dari komuniti besar penduduk Kelantan yang bekerja dan tinggal di luar negeri.

Seterusnya pada 2008, PAS meningkatkan jumlah kerusi dimenanginya kepada 39 berbanding 24 pada 2004.

Dalam PRU13 pula, PAS berjaya meraih majoriti dua pertiga semua hasil sokongan rakyat ke atas gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang disertai PAS waktu itu.

PAS meneruskan penguasaan di Kelantan dalam PRU14 dengan memenangi 37 DUN, selain 9 kerusi Parlimen.

Tolak PAS hingga akhir hayat

Seorang lagi penduduk, Ibrahim Harun, 52, berkata beliau tidak mahu lagi mengundi PAS selepas dikhianati kerajaan negeri yang merampas tanahnya di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu.

Bekas ketua cawangan PAS Kota Lama itu berkata keadaan itu sangat mengecewakan kerana tidak menyangka akan dikhianati oleh parti sendiri sehingga tanahnya diambil untuk membina loji.

“Sekarang ini hidup mati saya tak akan mengundi PAS lagi. Kali ini saya undi Pakatan Harapan, kalau calon itu DAP sekali pun saya akan undi mereka.

“Saya tidak kisah orang Cina pun sebab kalau undi orang kita Islam, mereka menganiaya kita,” katanya.

Namun berlainan pula bagi seorang peniaga kedai runcit, Asiah Che Mat, 55 yang akan tetap mengundi PAS kali ini kerana sudah terbiasa.

Pengundi Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang mengakui tidak berpuas hati dengan PAS kerana masih menanti parti Islam itu menunaikan janji melaksanakan undang-undang hudud.

“Saya undi sahaja PAS sebab tak tahu nak pilih parti lain. Tapi betul. Anak cucu semua nak sokong BN kali ini mereka marah sebab kerajaan negeri ini tak membantu rakyat sangat,” katanya.

Mengulas perkembangan itu badan kajian Ilham Centre mengakui kaji selidik yang dijalankannya mendapati wujud arus penolakan rakyat Kelantan terhadap PAS sangat kritikal.

Pengarah eksekutifnya Hisomuddin Bakar menjelaskan penolakan itu atas pelbagai isu antaranya melibatkan isu tanah, pengurusan PBT, parkir, sampah dan tidak terkecuali juga masalah air.

“Memang dapatan kita seminggu sebelum parlimen dibubarkan terdapat
arus bawah sangat kritikal terhadap PAS dan ada elemen penolakan kerana  isu yang banyak.

“Konsensus yang kami temui ialah isu tanah kenaikan cukai yang tinggi dan premium tanah.

“Boleh kata semua melibatkan hal ehwal pejabat tanah. Ini dikongsi oleh semua Parlimen dan DUN dengan peningkatan 300 kali ganda (ke atas) sentimen itu,” katanya.

Tambahnya, sentimen komponen pengundi tempatan dan luar Kelantan perlu diambil kira bagi melihat sikap pemilih negeri itu.

Beliau berkata dalam PRU14 sentimen pengundi luar yang mengundi PAS sangat jelas kerana menolak BN dan tidak mahu menjadi kerajaan kerana imej parti itu yang sudah rosak.

Tiada alternatif jelas

Namun ia berbeza dengan sentimen pengundi tempatan yang seolah-olah tidak mempunyai pilihan atau alternatif untuk mengundi selain daripada PAS.

“Kita tak nampak pilihan mereka kecuali di hujung penggal ada pihak yang tampil ke depan seperti Save Kelantan.

“Tapi mereka ini tak jelas hal tuju bertanding kerusi mana kerana mereka gerakan yang memperjuangkan suara rakyat.

“Dan untuk BN pula tidak seperti di Terengganu yang awal menentang PAS, tapi di Kelantan tidak ada sentimen begitu,” katanya.

Tambahnya lagi satu lagi yang menjadi penolakan rakyat ialah prestasi menteri PAS yang tidak memberi sebarang manfaat kepada negeri itu biarpun mempunyai kuasa di peringkat persekutuan.

Pada masa sama beliau berkata biarpun sentimen penolakan itu jelas namun terdapat sedikit gangguan apabila Parlimen dan DUN tidak dibubarkan serentak.

“Ini disebabkan pengundi di Kelantan mereka mengundi secara taktikal. Kalau DUN mereka akan bagi kepada PAS dan Parlimen mereka akan bagi kepada Umno.

“Kita nampak seperti di Tanah Merah, Jeli itu adalah jajarannya kerana corak pengundian rakyat Kelantan macam pengundi Cina.

“Jadi bila diasingkan Parlimen dan DUN kita tertanya-tanya adakah ia masih strategi yang sama atau pun sebaliknya. Ia masih lagi tidak dapat diukur,” katanya. – 30 Oktober, 2022.

WOIT

YANG MENANGKAN

PAS BUKAN YG

DUDUK 

DI KELANTAN

KAH KAH KAH

PENGUNDI

YANG SUKA

 ENJOI DE MENJOI

DI KL

KAH KAH KAH

BALIK UNDI PAS

NAK BAGI SUSAH

ORANG KELANTAN

KAH KAH KAH

MINUM MANDI

AIR SEMBHAYANG

SEMUA GUNA

TEH TARIK

KAH KAH KAH

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah naya naya woit, kesian orang Kelantan, kesian oh kesian, taksub taksub kopiah janggut semua menipu selama lamanya, jangan kata 3 dekad, 30 dekad pun sama jugak lah, kesian, majoriti anak muda luar negeri, balik raya balik haji, lepas itu hilang, cari makan di luar negeri, cari makan merata sampai Singapura, kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

TuckbEEr .. Sememang Tuhan sayang pada umat Kelantan ..negeri terpaling Islang dalam Malaya ..keadaan di Kelantan hampir seperti Syurgo Lokka .. Air sungai di Syurga macam susu mengalir .. air di Kelantan macam Teh Tarik rendek ..TT jangan dengki bila Tohan memberi kelebihang ini pada Kelantan .. TuckbEEr ..