Jumaat, 23 Disember 2022

BANJIR DI NEW ZEALAND?


Air pasang besar, 44 kampung di Terengganu berdepan risiko banjir


Sebanyak 44 kampung yang berdekatan muara sungai dan pantai di tujuh daerah di Terengganu berisiko mengalami banjir akibat air pasang besar yang diramal berlaku mulai hari ini di negeri ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Besut kampung yang terlibat adalah berdekatan dengan muara Sungai Besut iaitu Kampung Pengkalan Atap; Kampung Teluk Budu; Kampung Pantai dan Kampung Nail. 

Di Setiu pula kawasan yang terlibat adalah berdekatan dengan muara Sungai Setiu iaitu Kampung Gong Batu; Kampung Pengkalan Gelap; Kampung Limau Nipis; Kampung Kuala Setiu; dan Kampung Fikri, selain lokasi berdekatan muara Sungai Merang iaitu Kampung Telaga Papan.

Bagi daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pula, lokasi yang terlibat adalah berdekatan muara Sungai Terengganu iaitu Kampung Seberang Takir; Kampung Baru Seberang Takir; Kampung Ulu Takir; Kampung Pak Tu Yu; Kampung Tanjung Gelam; Kampung Pulau Rusa; Kampung Losong; Kampung Pulau Kambing; Kampung Teluk Pasu; dan Kampung Pulau Sekati.

Di Muara Sungai Ibai yang juga di Kuala Terengganu, kawasan berisiko adalah Kampung Kubang Ikan; Kampung Kuala Ibai; dan Kampung Taman Purnama; manakala di Marang membabitkan kampung di sepanjang Pantai Rusila dan berdekatan muara Sungai Merchang iaitu Kampung Merchang.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan di Dungun kawasan terlibat adalah berdekatan muara Sungai Paka iaitu Kampung Kuala Paka; Kampung Tebing Tembah; Kampung Pinang Merah; Kampung Durian Mentangau.

Dalam pada itu, kawasan berdekatan muara Sungai Dungun pula adalah Kampung Seberang Pintasan; Kampung Teluk Bidara; Kampung Tanjung Jara; Kampung Che Lijah; Kampung Alor Makbah; Kampung Bijangga; Kampung Sungai Buaya; dan Kampung Sungai Udang, manakala Kampung Sura yang berdekatan muara Sungai Sura turut berisiko.

Selain itu, di Kemaman lokasi berdekatan muara Sungai Kemaman turut berisiko banjir iaitu Pulau Skepeng Kuala Kemaman; Pengkalan Cicar Bukit Kuang; Kampung Bakau Tinggi; Kuala Kemaman dan Bukit Kuang; manakala kawasan berdekatan muara Sungai Kemasik pula ialah Kampung Baru Kemasik.

JPS Terengganu dalam kenyataan tersebut turut menasihati penduduk di kawasan terlibat dan orang ramai melayari portal publicinfobanjir.water.gov.my untuk mendapatkan maklumat semasa mengenai aras air sungai dan hujan.

BANJIR

DI NEW ZELAND

KAH KAH KAH

BANJIR  DALAM

LUBANG ATAS 

KATIL

KAH KAH KAH

PERGI MAPOSLAH

WARGA GANU

KAH KAH KAH

NEW ZEALAND

INDAH PERMAI

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua tgh tunggu majlis syura pas mengeluarkan dalil.kelantan dan tganu ni, kalo di landa musibah..korang buat rilek je.korang ingat mereka akan menukar pemimpin korup teknokrat?mrk akan kata ramai jutawan2 kosmetik memberi bantuan kpd mereka tanpa bising2, mrk akan kata banjir sbg ujian syurga keahlian PAS, mrk akan tunduk tawaduk kpd tok guru yg dimulutnya bergantungan ayat2 suci tuhan walaupun perangainya tidak sesuci ayat.sikap dan pemikiran org2 pantai timur memang sedemikian,tidak bole diubah walaupun ramai cerdik pandai kronisma dpt kerja dijabatan2 kerajaan.maka benarkan suatu cerita, kota bharu itu adalah kota gay.menutup sikap salah dgn serban dan jubah.menutup balak dgn sutut hudud.sewajibnya org2 berfitnah ni wajib dihudud dgn kematian kerana dosa fitnah itu sgt besar.