Jumaat, 23 Disember 2022

JALAN KE GENTING DI TUTUP


Jalan Batang Kali-Genting dijangka dibuka kepada pengguna motosikal seminggu lagi


Pengusaha hotel di Batang Kali resah jalan ditutup setahun

PENUTUPAN jalan B66 Batang Kali-Genting Highlands selama setahun susulan tragedi tanah runtuh, ternyata meresahkan banyak pihak terutama peniaga dan pengusaha hotel di Batang Kali, selain mereka yang menggunakan laluan berkenaan untuk ke tempat kerja di Genting Highlands.

Mana tidaknya, Batang Kali, sebuah bandar yang terletak di Hulu Selangor dan berdekatan dengan simpang menuju pusat peranginan utama negara itu, disifatkan penduduk sebagai “bandar Rehat dan Rawat (RnR)” untuk orang ramai singgah menjamu selera atau menginap sebelum meneruskan perjalanan ke pantai timur atau utara termasuk ke Genting Highlands.

Pengurus sebuah hotel, Riduan Adnan ketika ditemui berkata jalan berkenaan sering menjadi laluan alternatif bagi pemandu dari utara yang keluar menerusi Tol Tanjung Malim, seterusnya melalui Genting Highlands untuk ke pantai timur atau sebaliknya.

Riduan yang menetap di Batang Kali sejak 2012 berkata selain itu, hotelnya turut menjadi pilihan pengunjung terutamanya ketika musim cuti persekolahan memandangkan hotel di sekitar Genting Highlands agak mahal.

“Di Hulu Selangor ini, antara bandar yang paling ‘hidup’ ialah Batang Kali, sekali gus menjadikannya tumpuan utama tempat persinggahan bagi mereka yang ingin bercuti ke Genting Highlands namun tidak mampu mengeluarkan bajet yang besar.

“Atas faktor itu, ramai yang memilih untuk singgah dan menginap di bandar ini kerana jaraknya yang lebih dekat ke Genting Highlands, iaitu kira-kira setengah jam, selain harga makanan di sini yang lebih murah berbanding di atas (Genting Highlands),” katanya.

Tinjauan mendapati bandar berkenaan meskipun bandar kecil, namun mempunyai banyak kemudahan seperti stesen minyak, bank, hotel bajet, restoran makanan segera, restoran makanan Melayu yang menawarkan harga agak murah.

Riduan berpendapat kesan penutupan jalan tersebut mungkin belum dirasai sekarang namun akan hanya dirasai setelah beberapa bulan oleh semua pihak termasuk pengusaha restoran selain akan menyaksikan jumlah pengunjung ke kawasan itu semakin berkurangan susulan penutupan jalan bagi kerja pembaikan cerun.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman pada Selasa dilapor berkata jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selama setahun bagi kerja pemulihan cerun.

Berikutan penutupan itu, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif iaitu jalan (B113 Jalan Batang Kali-Ulu Yam sehingga ke B23 Jalan Ulu Yam-Batu Caves) atau melalui laluan utama (FT1001 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh).

Pengusaha restoran, Mohd Yasin Abu Bakar turut menzahirkan kerisauannya terhadap kesan ke atas perniagaannya yang sebelum ini menjadi lokasi persinggahan orang ramai sama ada dari pantai timur atau utara yang melalui laluan Batang Kali-Genting Highlands.

“Sebelum ini, premis saya menjadi tempat persinggahan orang ramai untuk makan terutamanya mereka yang turun dari Genting Highlands. Saya berharap kerajaan fikirkan satu solusi sebab kami peniaga pun perlu fikirkan juga pelbagai kos untuk dibayar seperti gaji dan sebagainya,” katanya.

Ramai pihak bagaimanapun menyifatkan jalan alternatif tersebut adalah jauh, memakan masa, tenaga dan kos berikutan perlu melalui perjalanan sejauh 90 kilometer (km) dan mengambil masa lebih sejam setengah untuk sampai ke Genting Highlands berbanding kira-kira 30 minit dengan jarak perjalanan sejauh 30km jika melalui jalan yang kini ditutup.

Melalui pemerhatian di media sosial pula, pengguna Facebook Nurul Amyra mengakui jalan alternatif agak jauh untuk berulang alik bekerja kerana perlu melalui Gombak untuk ke Genting Highlands, manakala pemilik akaun bernama Siti Noor Rahimaniza mencadangkan jalan Batang Kali-Genting Highlands hanya dibuka kepada pekerja di pusat peranginan itu.

“Buka jalan untuk staf Genting sahaja, kalau susah sangat, suruh majikan buat surat dan polis boleh jaga simpang Batang Kali di bawah…buat macam PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu…yang bekerja saja bagi lepas ikut jalan itu,” kata Siti Noor.

Selain itu, terdapat juga cadangan dari penduduk sekitar yang meminta kerajaan memberi kelonggaran kepada kenderaan ringan seperti motosikal untuk kemudahan penduduk yang tinggal di sekitar Batang Kali berulang alik ke tempat kerja di Genting Highlands.

Malah, difahamkan ketika ini terdapat juga pekerja di pusat peranginan berkenaan yang terpaksa mencari tempat tinggal sementara di Genting Highlands atau menginap di hostel yang disediakan majikan buat sementara waktu.

DULUKAN

KESELAMATAN

AMIN

MAKIN BANYAK

TANAH AKAN

RUNTUH DAN

MAKIN KERAP

BALA SAMPAI

AMIN

INI WATAK

MALAPETAKA

CUACA

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wow .. kalau dulu.. menteri kata kalau ayam mahal beli ikan.. menteri sekarang lagi hebat kalau mahal jangan beli... boleh pergi mampus

Tanpa Nama berkata...

Cerita ini siapa cucuk masuk? Pengusaha hotel mana? Nampak macam kerja cukong atas bukit ITU lah ? Casino dah tak ada orang? Ramai sudah takut, musim Christmas sampai Tahun Baru Cina masa buat duit untuk Genting, cukong ini punya hal ini, pandai buat cerita semua, keselamatan lah penting bukan keuntungan, kalau jatuh lagi macam mana? Nak salah siapa ? Cerun ke Genting Highlands lagi hebat, lagi bahaya lagi risiko, kah kah kah, ini cara cukong upah orang lain buat kerja, kalau cukong sendiri buka mulut siap kena belasah punya kah kah kah otak mereka lagi laju, kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Satu saja betul dalam cerita atas ini, ramai pekerja Genting tinggal di Batang Kali, ITU confirm kalau nak pusing ke kerja memang sukar, buat laluan motor selamat tak? Tanya pakar pakar yang hari hari keluar TV rengan macam macam teori? Cakap pandai selepas kejadian, selepas ini Selamat atau tidak ????

Tanpa Nama berkata...

Cuaca tak salah. Manusia yang salah. Sebab ganggu alam cara melampau.