Jumaat, 23 Disember 2022

ROSMAH NAK SINGKIR HAKIM


Mahkamah Rayuan tetapkan 17 Mac untuk dengar Rosmah singkir hakim

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan 17 Mac depan bagi mendengar dua rayuan Rosmah Mansor dalam permohonannya untuk menyingkirkan hakim bicara kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang  dihadapinya.

Rosmah telah memohon supaya Hakim Mohamed Zaini yang pernah mendengar dan jatuh hukum perbicaraan rasuah solar hibrid disingkirkan daripada mendengar kes pengubahan wang haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hari ini ketika pengurusan kes, Timbalan Pendaftar, Khairy Haron telah menetapkan tarikh 17 Mac bagi mendengar permohonan-permohonan dikemukakan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada 22 November lepas, Mahkamah Rayuan menetapkan untuk mendengar penghujahan lanjut sama ada ia mempunyai bidang kuasa mendengar dua rayuan Rosmah untuk menyingkirkan hakim perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hanipah Farikullah kemudian menangguhkan rayuan yang sepatutnya didengar hari itu bagi membolehkan kedua-dua pihak memfailkan penghujahan bertulis berhubung isu interlokutori yang dibangkitkan oleh mahkamah.

Ketika itu, Hakim Hanipah membangkitkan persoalan berhubung isu interlokutori sama ada panel itu mempunyai bidang kuasa mendengar kedua-dua rayuan Rosmah.

Selain itu, panel hakim turut mengarahkan pihak-pihak berhujah sama ada keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang enggan menarik diri daripada perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai, boleh dirayu dan tertakluk di bawah definisi Seksyen 3 dibaca bersama Seksyen 51 Akta Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964.

Untuk makluman, Seksyen 3 menyatakan keputusan termasuklah penghakiman, hukuman atau perintah, tetapi tidak termasuk apa-apa ketetapan yang dibuat dalam perjalanan sesuatu perbicaraan atau pendengaran apa-apa kausa atau perkara yang tidak melupuskan hak pihak-pihak secara muktamad.

Jelas Hakim Hanipah, isu sama ada keputusan Hakim Mohamed Zaini boleh dirayu atau sebaliknya, tidak dibangkitkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini.

Pada 12 Januari lalu, Rosmah memfailkan permohonan untuk menggugurkan Hakim Mohamed Zaini daripada mendengar perbicaraan kes di bawah pertuduhan AMLA dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.

Rosmah juga memohon agar kesemua prosiding dalam kes terlibat digantung sehingga rayuan berhubung keputusan Hakim Mohamed Zaini menolak permohonannya supaya beliau menarik diri, diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Ketika ini, Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN. 

SOALANYA

BILA ROSMAH

AKAN MASUK JIL

AMIN

YG LAIN 

TAK PENTING

RAKYAT NAK

TENGOK ROSMAH

MASUK JIL

BARU PUAS HATI

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang untung peguam dia lah, cari makan duit tabungan, selesa sangat tarik kes sampai bertahun, syukur alhamdulliah peguam berapa ekor ada kah kah

Tanpa Nama berkata...

TT, apa kata jika Rosmah dijatuhkan hukum dan dipenjarakan kita ramai ramai merayu dan meminta kepada pihak yang berkenaan supaya Rosmah diperjarakan satu sel dengan suaminya Najib, dapatlah mereka melepaskan rindu dan tidaklah mereka tersiksa sangat....boleh tak? kita cuba minta pihak yang berkenaan buat reformasi hukuman